Bakat Zulin Aziz dalam industri hiburan yang serba boleh tidak dinafikan sangat mencuit hati ramai. Bahkan sejak akhir-akhir ini, video yang dihasilkannya turut mendapat perhatian luar biasa pengguna media sosial.
Seperti sedia maklum, video-video Zulin Aziz ini sangat berbeza apabila dia menggunakan kreativitinya dengan menghasilkan rakaman video dirinya bersama dua pelakon lain yang dapat dilihat ia merupakan sedutan babak-babak daripada lakonan mereka.
Dua pelakon itu merupakan bintang handalan bollywood iaitu, Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal. Sejak semalam, kecoh dimedia sosial apabila satu video daripada Zulin Aziz yang turut menyelitkan babak Arjun Rampal itu mendapat perhatian daripada tuan badan itu sendiri.
Sekali gus mencetuskan fenomena video daripada Zulin Aziz apabila dia menerima komen positif daripada Arjun Rampal yang seperti semua tahu, dia bukan calang-calang pelakon.
Komen berkenaan yang ditulis di laman Twitter itu juga viral dan rata-rata akui selama ini sememangnya cukup terhibur dengan kreativiti Zulin Aziz yang aktif dalam menghasilkan video lawak ini sepanjang tempoh kuarantin.
Reaksi positif ramai yang terhibur!
Buat yang masih belum menyaksikan lawak-lawak Zulin Aziz yang diakui tidak membosankan waktu kuarantin ini, Arjun Rampal merupakan watak sebagai suami dan Shah Rukh Khan pula sebagai anaknya.
Berikut antara video-video lawak Zulin Aziz yang mana dia berkongsikan dilaman sosial Instagram dan ternyata, setiap video yang dihasilkannya meraih ribuan tontonan.
Video-video Zulin Aziz raih ribuan tontonan
View this post on InstagramKalau jumpa budak ni suruh dia balik sekarang!!!! dia keluar tak pakai mask!!! @iamsrk #stayathome
View this post on Instagramsusah betul si shah rukh khan ni lah. suruh pergi Nsk je pun. Manja sgt.. marah sikit nangis haih😑
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Instagram Zulin Aziz via HCL