Bersalin semasa perintah berkurung, anak kembar dinamakan ‘Corona’ dan ‘Covid’

SEORANG ibu menamakan anak kembarnya yang baru lahir dengan ‘Corona’ dan ‘c0v1d’, sebagai peringatan kepada pandemik c0v1d-19.

Preeti Verma berkata, nama anak lelaki dan perempuannya yang lahir pada Jumaat lalu, akan mengingatkannya mengenai apa yang berlaku pada minggu kelahiran mereka.

Anak lelakinya diberi nama c0v1d, manakala anak perempuan dipanggil Corona.

Memetik laporan Daily Star, Preeti berkata, mereka tidak akan melupakan kesulit4n yang dihadapi pada masa ini, laporan Daily Star.

Wanita berusia 27 tahun dari Chhattisgarh, India itu memberitahu, w4b4k itu juga membawa beberapa kenangan manis.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa dia mungkin menukar nama anak kembarnya apabila mereka semakin membesar. 

Preeti yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata: “Waktu melahirkan anak itu berlaku seleoas berdepan dengan pelbagai kesukaran. Oleh itu, saya dan suami mahu menjadikan ia sebagai hari yang perlu diingati.

“Diakui v1rus tersebut berbahaya dan mengancam nyawa tetapi w4b4k ini membuatkan semua orang memberi perhatian kepada kebersihan, sanitasi dan perkara-perkara baik yang lain,” katanya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar