Zarina Anjoulie Minta Maaf Pada Sharifah Sakinah, Fizo Omar

Selepas Sharifah Sakinah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya berhubung salah faham antara mereka sebelum ini, kali ini giliran Zarina Anjoulie tampil melakukan perkara yang sama.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Zarina yang lebih mesra dipanggil Anju memohon maaf kepada Sharifah Sakinah dan seorang lagi pelakon iaitu Fizo Omar. Menurut Anju, Sakinah sudah pun menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memohon maaf.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@fizoomar @sharifah_sakinah benda boleh settle buat apa nk ego betul tak ? musim2 covid ni kita patut nya …… tq pada bf aku sentiasa support @yasvger – – – tapi yg lagi 3 org tu aku tetap saman ye 😂

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

“Semalam Sakinah buat video minta maaf, benda pun dah jadi. Kita pun dulu kawan, tak perlu g4duh, berbalas-balas. Jadi, Anju pun nak minta maaf pada Sakinah.

“Dia pun dah DM saya minta maaf tapi masih ramai yang kec4m kata dia tak ikhlas. Sebenarnya ikhlas atau tidak antara dia dengan Allah. Anju tak kisah la, dia dah minta maaf pun,” katanya.

Malah, Anju berkata dia tidak malu untuk memohon maaf kepada Fizo serta mengakui kesilapannya yang telah melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon itu. Anju berkata ketika itu dirinya dalam keadaan beremosi.

“Lagi satu dengan Fizo Omar. Memang betul Anju ada sebut nama dia, di sini Anju nak minta maaf pada Fizo. Untuk Anju, tak ada rasa malu nak minta maaf sebab mak bapa Anju cakap kalau salah kena minta maaf.

“Kalau aku boleh maki orang, buat apa aku nak malu minta maaf dekat orang itu. Memang betul aku ada sebut nama dia dalam video sebelum ini kerana terlalu ikutkan perasaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anju berkata dia akan tetap meneruskan tindakan undang-undang terhadap terhadap tiga orang artis yang didakwa atas dakwaan memf1tn4hnya. Bagaimanapun, Anju tidak menyebut siapakan artis berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya