“Dia macam budak Bangsar cuba bergaul dengan budak Felda, semua jadi tak kena”- Pengarah Komen Isu Vivy Yusof.

Pengarah drama Shahrulezad Mohameddin menyifatkan situasi yang terjadi kepada usahawan selebriti Datin Vivy Yusof berpunca daripada kehidupan hariannya.

Jelas Shahrulezad, Vivy kelihatan terasing dalam masyarakat Melayu berbanding ikon wanita lain misalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“This is what happened to Vivy. Dia nampak macam tak relate dengan kita. Bukannya dia tak baik. It just apa yg dia buat sangat tak relatable dengan kita.

“Siti Nurhaliza pun kaya. Dia jugak ada banyak designer bag. Tapi Siti relate dengan kita. Budaya, bahasa, pergaulan sangat kita.

“Tapi tidak untuk Vivy. Dia sebenarnya nampak terasing sangat dengan target market dia sendiri. Buat challenge berbahasa Melayu dalam sehari adalah salah satu sebab dia nampak terasing.

“Itulah Vivy di mata sebilangan besar netizen Malaysia,” tulisnya pada Jumaat.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa Vivy, Shahrulezad menganalogikan beliau seperti ‘budak Bangsar cuba bergaul dengan budak Felda’.

“Poor Vivy. She is so wrong in ever part of our life. Jadi serba tak kena dengab setiap apa yg keluar dari mulut dia.

“Dia jah4t? Nope. Abam rasa dia baik orangnya. Cuma dia diibaratkan budak bangsar cuba berjinak jinak meletakkan diri di tengah tengah budak Felda. Ni ibaratnya saja yer. So semuanya jadi serba tak kena.

“Vivy mungkin tak akan dipandang seserong ini kalau dia lebih down to earth dan Melayu. Tapi nak salahkan dia seratus peratus pun tak boleh jugak sebab tengok sajalah cara dia dibesarkan macam mana. Dulang emas. Spoil brat org Kuala Kangsar kata,” tambahnya.

Mengulas mengenai saranan orang ramai untuk menandatangani petisyen perletakan jawatan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, kata Shahrulezad dia mengambil pendekatan berkecuali.

“Ramai orang suruh abam sign petition dia letak jawatan sebagai one of Uitm board tapi abam refused to do so.

“Bukan sebab abam menyokong dia. Tapi abam lebih mengharap Vivy diberi peluang untuk mengubah sikap dan membuktikan peluang business yg diciptakan oleh ayah dia tidak dipersia siakan.

“Lagipun pun abam seboleh mungkin tak mahu menjadi segelintir netizen yang mudah menjatuhkan hukvman hanya atas sebab kita netizen so kita berkuasa!

“Dan kita sewenang sewenangnya melulu menggunakan kuasa kita tanpa sedikit pun ada ruang empati dalam diri. Hanya disebabkan terikut ikut dengan trend dan emosi.

“Tapi itu pendapat abam la. Pendapat korang lantak korang la. I respect that 100%. Cuma korang kena hati hati la sebab giliran korang kena kec4m belum lagi tiba,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, pemilik syarikat perdagangan atas talian Fashion Valet itu dikec4m netizen berikutan dakwaan mempertikaikan bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vivy dituduh memandang rendah terhadap golongan berkenaan, malah didakwa mengeluarkan kenyataan golongan itu tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara menerusi siaran langsung Facebook (FB) Live.

Tindakan itu menyebabkan Vivy dikec4m hingga satu petisyen memintanya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan.

Terkesan kec4man hebat, usahawan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya menerusi Instagram Live, kelmarin.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : gempak