COV1D-19: Topeng snorkeling diubah suai atasi kekurangan alat bantuan pernafasan

BRUSSELS: Ketika h0sp1tal berdepan krisis kekurangan alat bantuan pernafasan untuk pes4kit c0v1d-19, kakitangan perubatan menggunakan kaedah inovatif dengan beralih kepada topeng snorkeling daripada kedai peralatan sukan untuk menghalang paru-paru daripada gagal berfungsi.

Idea itu bermula di Itali, iaitu negara Eropah yang paling teruk terjejas oleh pandemik koronav1rus, manakala h0sp1tal di negara lain mengambil contoh dan menambah peralatan perubatan khusus menjayakannya..

Salah satunya ialah h0sp1tal Erasme di pinggir ibu kota Belgium di Brussels yang besekutu dengan Université Libre de Bruxelles melalui penghasilan produk swasta oleh syarikat Endo Tools Therapeutics, yang sudah terbukti dalam kepakaran percetakan 3D untuk kegunaan perubatan.

Menurut Ahli Fisioterapi Pernafasan di h0sp1tal yang juga tenaga pengajar di universiti, Frederic Bonnier, ia digunakan untuk pes4kit yang mengalami masalah pernafasan yang teruk.

“Matlamatnya adalah untuk mengelakkan daripada memasukkan tiub ke dalam trakea pes4kit dan meletakkannya pada respirator (alat bantuan pernafasan).

Beliau menerajui rekaan bentuk injap buatan khas yang sepadan dengan bahagian atas topeng muka penuh, di mana peralatan snorkel ditempatkan, seterusnya membolehkan ia disambung kepada mesin BiPAP (tekanan udara positif dua fungsi) standard yang mengalirkan udara bertekanan ke dalam topeng.

Ini membantu mencegah alveoli gagal berfungsi, iaitu kantung udara paru-paru yang menyedut

oksigen ke dalam badan dan menghembuskan karbon dioksida.

pheum0nia yang dibawa oleh c0v1d-19 menyebabkan keradangan paru-paru dan kantung dipenuhi cecair.

Bagi kes j4ngk1tan yang teruk, pes4kit perlu dihubungkan dengan alat bantuan pernafasan di unit rawatan rapi, bagaimanapun h0sp1tal mengalami kekurangan peralatan

kerana jumlah pes4kit yang terlalu ramai.

Oleh itu, topeng snorkeling boleh menjadi langkah penyelesaian bagi pes4kit yang dirawat di ICU bagaimanapun kekurangan katil atau alat bantuan pernafasan.

Topeng muka h0sp1tal untuk mesin BiPAP yang kurang intensif turut mengalami kekurangan.

Bonnier berkata beliau akan mula menguji 50 topeng pada pes4kit bermula esok.

Ia adalah jenama sama yang digunakan oleh doktor Itali, yang disumbangkan peruncit sukan Perancis, Decathlon. Topeng itu sendiri dibuat di Itali.

Bonnier menjelaskan, ia jauh lebih selesa daripada topeng h0sp1tal yang muat-muat dengan hidung dan mulut serta mencengkam ke dalam kulit.

Bagaimanapun, beliau memberikan memberi amaran bahawa ia tidak diuji untuk perubatan standard, bermakna hanya boleh digunakan sekali dan tidak boleh disteril bagi kegunaan pes4kit lain.

Reka bentuk Itali untuk injap 3D yang dicetak juga perlu direka semula.

“Ia agak rumit untuk dibuat, agak berat dan tidak begitu selesa, jadi kami mempunyai idea untuk mengubah sedikit lagi dengan mencari idea dan membangunkan bahagian sambungan sendiri,” katanya.

Penyambung injap plastik baru kini sudah dicetak 3D dan siap untuk diuji.

Bonnier berkata, pekerja kesihatan di wad c0v1d-19 juga boleh menggunakan topeng untuk perlindungan terhadap v1rus.

Beliau bagaimanapun khuatir orang ramai akan mula panik dan membelinya di pasaran sehingga mengahalang h0sp1tal daripada menerima peralatan itu untuk merawat pes4kit.

Beliau juga mengatakan bahawa, walaupun ujian itu jika terbukti berhasil, masih ada persoalan mengenai berapa banyak topeng sedemikian boleh dikeluarkan oleh syarikat sukan, dan di bawah keadaan apa.

Menyedari mengenai penggunaan kecemasan terhadap topeng snorkeling keluarannya, Decathlon menyatakan “minat” – bagaimanapun ia tetap berhemah.

“Pada masa ini kami tidak mendapat pengesahan bahawa penyelesaian ini benar-benar berhasil.

“Sekiranya kami melihat percubaan ini berjaya, dan h0sp1tal ini mengesahkan bahawa beberapa ujian berfungsi, maka kami akan memaklumkan kepada anda, tetapi pada masa yang sama, berhati-hati terhadap maklumat tanpa sumber dan tidak disahkan di media sosial kebelakangan ini.”katanya melalui akaun Twitter-AFP

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online