“10 Papan Telur, 12 Kampit 10KG Beras! Apa Ni Semua Panic Buying?” – Michael Ang Hairan Ramai Bertindak Tak Rasional

Sejak petang semalam, penuh dan ses4k pasaraya dan kedai runcit apabila menjadi tumpuan orang ramai gara-gara bimbang sekiranya wujudnya arahan perintah berkurung, biarpun tiada sebarang pengumuman dibuat lagi ketika itu.

Perkara itu turut dilalui sendiri pengarah dan penerbit Michael Ang apabila terpaksa berhadapan dengan situasi orang ramai yang membuat pembelian panik ketika berkunjung ketika sebuah pasar raya.

Menurut Michael, keadaan itu secara tidak langsung menyukarkan dirinya yang terpaksa berses4k dengan orang ramai ketika hanya mahu keluar membeli bahan masakan harian.

Bahkan, dia menyifatkan tindakan orang ramai tersebut sebagai satu perbuatan yang tidak rasional yang perlu dielakkan.

“Salam semua! Apa ni semua panic buying (pembelian p4nik). Pergi pasar raya nak beli benda untuk masak makan malam. Mak oiiiii semua tengah buat pembelian p4nik!

“Seriuslah mamat tu sekurang-kurangnya 10 papan telur, nak berkurung ke? Seriuslah!!! Fikirlah rasional! Lock down tu orang tak boleh keluar negara, orang luar tak boleh masuk Malaysia! Bukan kau orang tak boleh ke mana-mana dan pasar atau pasar raya tutup,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua! Apa ni semua panic buying. Pergi supermarket nak beli benda for dinner cooking. Mak oiiiii semua tgh panic buying. Serious la mamat tu at least sepuluh tray telur and 12 kampit 10kg nasi!!!! Malaysia dah nak curfew ke? Serious la!!!! Pikir la rasional! Paling teruk pun Malaysia lock down aje! Lock down tu org tak boleh keluar negara org luar tak boleh masuk Malaysia! Bukan kau org tak boleh ke mana mana and pasar or supermarket tutup! Choiiiii! Luv u all n stay safe!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Perkongsian status Michael itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.

Kenapalah orang tak boleh fikir macam ni ye Mike. Saya keliru. Semua p4nik salah satu sebabnya banyak sangat grup WhatsApp kongsi berita palsu. Tolong hentikan penyebaran berita palsu,” komen pelakon Idzham Ismail.

Malam tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini.

Bagaimanapun, dalam perintah tersebut, kesemua sektor perkhidmatan asas termasuklah pasar raya akan beroperasi seperti biasa bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bekalan bahan mentah.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COv1D-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“10 Papan Telur, 12 Kampit 10KG Beras! Apa Ni Semua Panic Buying?” – Michael Ang Hairan Ramai Bertindak Tak Rasional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*