Che Ta tak nak disolek tua-lebih baik jika watak diberikan kepada pelakon veteran demi menjaga hak dan kebajikan mereka.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan tidak rela wajah disolek tua hanya kerana memenuhi tuntutan watak wanita berusia.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, lebih baik jika watak diberikan kepada pelakon veteran demi menjaga hak dan kebajikan mereka.

“Saya tak akan terima jika ada tawaran untuk saya memegang watak tua seperti nenek. Jika saya terima juga, pelakon veteran nak pegang watak apa? Takkan nak pegang watak h4ntu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baik korang mengaku cepat, siapa pernah cakap tak serupa bikin? Tag kawan korang yang macam ni. . Nantikan Family Spy akan datang, Mac ini! 😎 . #FamilySpy #MisiOpah #SpyKeBersepai @astroceria @airiezarajasmin @alifsatar

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

“Atas rasa prihatin, saya menolak membawakan watak wanita tua kerana saya tak mahu menyekat rezeki artis veteran,” katanya kepada BH Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri, Family Spy. Kenyataan Che Ta selari dengan hasrat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan stesen penyiaran yang tidak membenarkan pelakon muda disolek tua dalam drama dan telefilem seperti yang pernah dinyatakan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac.

Mengulas watak Mak Roz yang juga nenek dalam drama bergenre komedi itu, isteri Zain Saidin itu berkata dia menerima tawaran kerana karakter bersesuaian dengan penampilan dan usianya.

“Walaupun watak Mak Roz adalah nenek tetapi dia seorang yang bergaya dan tangkas kerana bekas perisik antarabangsa.

“Lagipun, watak ini memerlvk4n banyak tenaga kerana ada babak aksi dan pertarungan. Jika guna pelakon veteran, takut mereka tak larat pula,” ujar pelakon berusia 46 tahun ini.

Selain Che Ta, drama rantaian itu turut menampilkan Alif Satar, Airiezara Jasmin, Nynas Harizal, Sham Visa dan Charis Ow. Ia bakal disiarkan di Astro Ceria pada 11 Mac ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online