‘Cukup-cukuplah kata seiras Agnez Mo’

KUALA LUMPUR: Sejak Agnes Monica atau sekarang dikenali sebagai Agnez Mo menempa nama, tak habis-habis peminat membandingkan paras Isyariana persis penyanyi Indonesia itu.

Biarpun meminati Agnez, namun, Isyariana tidak mahu terus dibandingkan dengan Agnez yang kini melebarkan sayap di Amerika Syarikat (AS).

“Sebenarnya, sejak di bangku sekolah, orang asyik membandingkan saya dengan Agnez. Jika boleh, saya tidak mahu melayan perkara ini lagi… Nanti dikata syok sendiri pula.

“Lagipun, saya dengan Agnez bagai langit dengan bumi. Pencapaian dirinya terlalu hebat hingga dikatakan salah seorang penyanyi yang mendapat bayaran termahal di Asia Tenggara,” katanya kepada BH Online.

Namun, memandang dari sudut positif, Isyariana yang mula dikenali selepas membintangi drama Married Tapi Benci ini mahu mengambil semangat Agnez.

“Kehebatan Agnes menyuntik semangat saya,” katanya.

Mengenai karier seni, Isyariana bersyukur rezeki melimpah selepas membintangi drama Satukan Rasa lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana membawa watak Mak Ngah.

“Peminat mula memanggil saya Mak Ngah, bukan nama Isyariana… Inilah tempias drama Satukan Rasa,” katanya yang membuka lembaran tahun baharu dengan memegang watak utama drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami berganding dengan Alvin Chong.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online