Erra Fazira bersyukur diberi rezeki tunai ibadah umrah – “Berlinang air mata mengerjakan umrah kali ini”

BERPELUANG menjejakan kaki di Tanah Suci, Makkah buat kali kedua untuk menunaikan umrah, pelakon Erra Fazira meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan kepadanya.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, berkata dia mengerjakan ibadah itu bersama beberapa orang sahabatnya yang sudah dianggap seperti ahli keluarga.

“Alhamdulillah… syukur kehadratMu Ya Allah. Kau panjangkan usia kami, kau murahkan rezeki kami dan kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob.

Erra berkongsi perkara itu di Instagram.

“Sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh. Kami bersyukur. Berlinang airmata mengerjakan umrah kali ini.

“Sahabat-sahabat yang aku sayangi, Deqsha, Ery dan Fawzi yang telah aku anggap seperti adik sendiri. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dalam hidup ini juga kak Intan yang ku anggap kakak sulung yang banyak memberi perhatian dan kasih sayang buatku,” katanya.

Erra yang kini sudah pulang ke Malaysia berkongsi perkara itu dengan memuat naik beberapa foto ketika menunaikan umrah di Instagram pada Ahad.

Difahamkan, pelakon itu terbang ke tanah suci sebelum Arab Saudi menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu.

Pada Ogos tahun lalu, Erra berkongsi rasa gembira apabila berpeluang dijemput menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji.

Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita ini turut mengucapkan terima kasih kepada agensi umrah dan Ustaz Anaz yang membimbing mereka di sana.

Erra bersama jemaah umrah.

“Semuanya bersatu hati dan terpanggil untuk mengerjakan umrah bersama. Semuanya kerana ingin mendekati dan menanamkan kecintaan yang dalam padaMu.

“Tak mampu kami lalui apa yang telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sokongan yang padu daripada Ustaz Anaz yang lembut bicaranya, tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Erra Fazira bersyukur diberi rezeki tunai ibadah umrah – “Berlinang air mata mengerjakan umrah kali ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*