‘Sporting’ demi Mama- Pertama kali berjaya memujuk dua puterinya menyanyi bersama

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama, selebriti awet muda, Amy Mastura, 48, berjaya memujuk dua puterinya menyanyi bersama di showcase istimewa anjuran kelab peminat, Amy Mastura Fan Club (AMFC) di Kota Damansara, Sabtu lalu.

Amy memberitahu, sebelum ini, dua anaknya, iaitu Adriana Alvin Tham Suffian, 19, dan Adalia, 15, tidak pernah mahu menyanyi bersama pada mana-mana acara. Entah mengapa, kata Amy, kali ini, dua cahaya mata kesayangannya itu berubah hati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Aidilfitri semua !!! Maaf zahir dan batin Dari kami sekeluarga. Dah rabun hehehe. 🤓🤩#raya2019 #amfcselamanya

A post shared by amy mastura (@amymasturalerr) on

“Adriana dan Adalia tahu saya cipta lagu untuk mereka. Malah, video muzik lagu Kasih Suci turut menampilkan Adriana.

“Saya tidak pasti apa yang membuatkan mereka bersetuju menyanyi dengan saya. Ini kali pertama dan saya sangat tersentuh serta terharu,” katanya kepada BH Online.

Pada showcase itu, Amy menyanyikan lagu Kasih Suci bersama Adriana disusuli lagu Kasihku bersama Adalia.

Amy berkahwin dengan suaminya, Alvin Tham pada 2000.

Mengakui dua puterinya meminati muzik, Amy tidak menghalang jika Adriana dan Adalia mahu menyambung legasi dirinya sebagai penyanyi.

“Saya sangat terbuka kerana saya pernah melalui jalan itu. Kalau mereka mahu mengambil laluan sama, saya boleh bimbing.

“Iyalah, zaman sekarang, siapa sahaja boleh jadi penyanyi. Lancarkan sahaja lagu di platform digital, pasti ada sambutan.

“Hendak jadi penyanyi sekarang tidak sukar. Cuma mahu menonjol itu yang mencabar, bergantung kepada rezeki,” katanya ditemui sebaik berakhir persembahannya pada malam itu.

Showcase kira-kira sejam itu menjadi antara program tahunan dianjurkan AMFC.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

HARI INI 😃 . • • • • • • . AMY MASTURA & FANS SHOWCASE 22.02.2020 8.00 malam Luas.Je, Kota Damansara @luasje.kotadamansara Dibawakan oleh: @amfc94 & @lepak.je Rakan Media: @teddyrox.je Penaja Utama: @agnutritionofficial Rakan Penaja: @mbh_medispa @beauxclinic.klang @bajamilagro @food_cartels @aqualifeswb @the_goodies_house @doorgiftcornflakes_maducrunchy @lapis_layers @yummylicious_bake.doorgift @kasyahgifts @cenderamata_murah @wafik_propstick @jajanborongsweetshop @canvas.lona @gvrgardencafe @gedunghamperbajet @decoration_ballon @surprise.honey @krbm.online @triple_r_surprise @fridgemagnet_murah @jai.soya @1chopati @triplehhomemade @sbramlahfood @karipappusing_demmoqq @otakotak.melaka @kdguesthouse @byizamaria @hambali_idris @duniaari @adyirwanlerr MENAMPILKAN: @amymasturalerr ft. @sarasaraakustika @riszuan7 @nurjannahlove @ikhmalbinismail @douglasfoong @thewhite_hana @ahlisihirmomas @itsmeamyrasyikah @adrianatham @adaliatham Jemputan Khas: @alhaalfa @rasarosz @sonymusicmy #showtime #LepakJe #LepakJeAmyMastura #AMFCshowcase #AMFCsGotTalent #AMFCselamanya #WeAreFamily

A post shared by amy mastura (@amymasturalerr) on

Amy berkata, AMFC yang ditubuhkan sejak 1994 disifatkan kekuatan dirinya dalam meneruskan perjuangan seni.

“Ketika ditubuhkan, rata-rata ahli AMFC masih bersekolah. Sekarang, ada antara mereka sudah bergelar artis antaranya Jihan Muse.

“Alhamdulillah, sudah 26 tahun ditubuhkan, AMFC aktif mengendalikan pelbagai program,” katanya.

Ditanya tidakkah berminat menganjurkan persembahan berskala besar, penyanyi Jawapan Kasih ini mengaku kurang yakin.

“Kalau saya buat konsert, tapi yang datangnya seperti showcase ini, bagaimana? Saya lebih selesa showcase seperti ini, lebih dekat dengan peminat.

“Buat masa ini tiada perancangan lagi, tapi kalau ada peluang, insya-Allah,” katanya yang berhasrat merakamkan single baharu tahun ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online