Pemerg1an allahy4rh4m Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam men1ngg4lkan kesan yang mendalam buat anggota Kumpulan Bocey.
Pemergian Abam mendorong anggota Bocey, Fad dan Achey untuk mencipta sebuah lagu istimewa buatnya.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memberitahu bahawa hasil kutipan yang bakal diperolehi nanti akan diagihkan kepada projek yang pernah diusahakan, termasuk menyalur kepada pusat tahfiz, bersedekah dan ceramah agama.
“Lagu ini dihasilkan bukan atas dasar suka-suka, sebaliknya ada bahagian arw4h untuk setiap kutipan yang diperoleh. Jika lagu ini mendapat tontonan dan jumlah pendengar tinggi, kami akan mengagihkan bahagian arw4h kepada projek yang pernah diusahakan, antaranya menyalurkan ke pusat tahfiz yang dibantu arw4h.
“Selain itu, hasil lagu ini akan digunakan membantu penceramah agama menganjurkan ceramah dan bersedekah. Pendapatan karya ini juga akan digunakan untuk membantu waris arw4h seperti anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, isteri dan ibu arw4h,” katanya kepada BH Online.
Menurut Achey, penghasilan lagu tersebut berlaku secara tidak sengaja dan mereka akan berkolaborasi bersama penyanyi dan komposer Ippo Hafiz.
Tambah Achey lagi, ia bermula daripada komen yang ditinggalkan Ippo di Instagram sejak pemergian arw4h.
“Komen yang ditinggalkan Ippo ternyata mendapat perhatian pengikut Instagram. Ramai peminat arw4h, saya, Fad mahupun Ippo meminta kami menghasilkan lagu untuk arw4h.
“Ippo pula mengatakan Insya-Allah, dia akan usahakan. Jadi, dari situlah bermula sesi pertukaran pendapat dan lontaran idea,” katanya.
Bagaimanapun, kata Achey, dia tidak boleh menyanyikan lagu berkenaan secara berseorangan memandangkan Fad turut merasakan kehilangan arw4h. Jadi, Fad juga harus berada dalam projek lagu itu.
Tambah Achey lagi, lagu tersebut masih belum mempunyai tajuk dan masih dalam perbincangan.
Sumber:Gempak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar