Zulin Aziz ker4p ditinggalkan lelaki?

KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan pengacara, Zulin Aziz, 31, mengakui keinginan merasai nikm4t berumah tangga dan melahirkan zuriat tidak pernah padam dalam dirinya.

Namun, takdir penentu segala-galanya. Hingga hari ini, wanita serba boleh ini belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Beberapa siri percintaan yang menemui kegag4lan membuatkannya lelah untuk memulakan perhubungan cinta baharu.

“Saya tidak tahu mana salah dan silapnya. Seumur hidup, saya kerap ditipu insan bernama lelaki.

“Hingga saya pernah meluahkan perasaan pada mama, enggan lagi memikirkan soal jodoh dan hanya mahu fokus pada kerja.

“Apabila hati sudah mula menyayangi, lelaki yang dicintai hilang tanpa khabar berita. Situasi ini kerap berulang setiap kali saya menjalin hubungan cinta.

“Tetapi, apabila saya sudah ‘move on’ dan mula melupakan, mereka hadir semula menyatakan perasaan sayang dan rindu. Bagaimanapun, sudah terlambat,” katanya kepada BH Online.

Zulin berkata, dia terguris apabila ada tuduhan mengatakannya terdesak mahu berumah tangga.

“Saya malu dan tertek4n apabila netizen menuduh saya bukan-bukan.

“Kenapa setiap kali terpacul kisah jodoh, saya dituduh terdes4k? Sedangkan, ramai yang melakukan perkara yang sama tetapi tidak pula dikecam,” katanya.

Zulin berkongsi, dia kerap didatangi wanita tua yang mengusap wajahnya dengan penuh rasa kasihan ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, masalah komunikasi menyebabkannya tidak mampu bertanya. Saya diburu kebimbangan dan tanda tanya diri adakah wanita tua nampak sesuatu yang tidak baik pada diri saya?

“Saya takut dan menangis. Sebelum ini, ada yang pernah menegur termasuk golongan alim yang mengatakan saya sakit.

“Saya tiada sebarang masalah, sebaliknya berasakan saya sihat walafiat. Jika benar saya dikhi4nati, kenapa rezeki saya tidak pernah putus? Malah, saya tidak pernah sakit,” katanya.

Katanya, biarpun sukar mempercayai, tetapi dia ikhtiar berubat.

“Ke sana sini saya mencuba tetapi masih sama. Insya-Allah, saya akan mengerjakan pada umrah bulan ini, jadi mahu mengambil kesempatan berdoa sepuas-puasnya. Andai benar ada sesuatu pada diri yang tidak diketahui, saya pinta agar Allah SWT menyembuhkan peny4kit saya,” katanya yang tidak mahu membuang masa menjalinkan cinta.

Andai ditemukan lelaki yang serasi, Zulin mended4hkan dia tidak mahu membuang masa bercinta lama-lama, sebaliknya mahu terus mendirikan rumah tangga kerana usianya bukan muda lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online