“Tq isteri ku… tugasmu agak ber4t dalam minggu ini…”- Achey

Sebelum ini, isteri Achey Nor Hasanah atau lebih mesra dikenali sebagai Anne ada berkongsikan beberapa keping foto perjalanan kumpulan Bocey dari tahun 2012 hingga 2020. Foto-foto berkenaan membuatkan ramai akui hubungan mereka lebih daripada sahabat.

Antara foto pernah dikongsikan isteri Achey menerusi Instagram.

Walau bagaimanapun, ujar Anne juga bertahun lamanya dia menjadi saksi perjuangan kumpulan Bocey yang berjuang buat ahli keluarga, peminat dan industri seni tanah air.

Malah dia juga mengakui memang ada satu hubungan lebih daripada sahabat, saudara malah adik beradik sekalipun. Ini kerana katanya, mereka mempunyai satu hubungan yang dia gelarkan ‘sikasih’.

“Bertahun lama…”

View this post on Instagram

Bertahun lama aku saksi pejuangan korang… berjuang untuk keluarga , fans dan berjuang untuk industri.. .. .. Yea mmg ada satu hubungan lebih dari sahabat, saudara, adik beradik… ada satu hubungan yang aku gelarkan “SIKASIH”.. .. .. Korang ni bulu roma kurang 1 pun korang boleh tau sesama sendiri… .. .. Bamm.. achey malam tadi tido dengan baju kau… dia buat masa sekarang asyik tanya fad mana? Dah sampai ke belum.. aku tau dia tengah Tunggu semangat dia satu lagi.. @fadbocey kau tau achey cmne kan… .. .. Teruskan kita juangkan #bocey walau orang kata kita tak lagi relevan bila abam takda.. kita teruskan demi @abam_bocik yang kita sayang.. dan tanggungjawap abam yang abam tinggalkan untuk kita.. .. . #kitabaikramaisayang

A post shared by 😍 #yangterindah #anak #sakit (@anne_achey) on

Pun begitu, pada awal pemergian Abam Bocey pagi Isnin lalu sememangnya mengejutkan buat Achey apatah lagi dia antara yang rapat dengan sahabatnya itu. Malah sejak beberapa hari lalu, dapat diperhatikan dia kelihatan sangat sebak selepas perginya Abam Bocey.

Walau bagaimanapun, terbaru Achey menerusi Instagram mengucapkan terima kasih buat isterinya itu disamping berkongsikan sekeping foto.

“Tq isteriku…”

Ini kerana, ujar Achey tugas isterinya agak berat pada minggu ini dengan menjaga anak selain drive serta melakukan persiapan yang telah diselesaikan dengan baik.

View this post on Instagram

Tq isteri ku… tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak,drive, dan persiapan semua di selesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melepiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika… Inshallah kembali dengan perjuangan yang baru 💪💪 #kitabaikramaisayang #bocey

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Tq isteri ku… tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak, drive dan persiapan semua di selesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melepaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat aku seketika.

“Inshaallah kembali dengan perjuangan yang baru,” ujar Achey menerusi Instagram dan turut menulis kapsyen yang dekat dengan arw4h Abam iaitu ‘kita baik ramai sayang.’

Perkongsian Achey itu lalu menerima pelbagai respon daripada netizen yang memuji sikap baik isterinya itu apabila memahami Achey yang bersedih atas pemergian Abam Bocey.

Reaksi ramai

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Achey & Anne via HCL