Sepatutnya menjadi lumrah lah, bila kita berduit ataupun boleh dikira sebagai kaya, kita sepatutnya menjadi seorang yang lebih pemurah.
Tapi lain pula dengan situasi orang zaman sekarang ni. Makin kaya, makin ked3kut pulak min rasa!
“Dia bagi aku kad. Managing Director title dia”
Menerusi satu perkongsian di Twitter, netizen bernama Aizad ni menceritakan nasibnya apabila keretanya dil4nggar oleh sebuah Audi A7 semasa solat Jumaat.
Kem4langan ni menyebabkan bumper belakang dan panel belah kanan kereta Alza Aizad calar. Disebabkan hal itu, si pemilik kereta Audi ni bagilah kad dia kat Aizad. Bila tengok jawatan, rupanya si dia ini seorang Managing Director. Wow! Tapi…
Amboi dia ucap thank you je? Menurut Aizad, sebaik dia memberitahu nilai harga kerosakan pada keretanya tu, lelaki ini terus menelefonnya dan memberitahu harga tersebut terlalu mahal.
Sebab malas nak berurusan dengan orang macam ni lagi, Aizad halalkan je. Tapi yang mengejutkan, lelaki tu boleh je cakap thank you tanpa rasa bers4lah. Fuh memang perangai orang kaya macam ni eh? Ish, ish…
“Bawak Audi tapi RM600 pun takda ke? Hak alah Audi sewa ni”
Meskipun Aizad sudah menghalalkannya, rata-rata netizen lain macam tak boleh terima perangai ‘managing director’ tersebut. Malah ada yang mend4kwa, dengan cara macam tu lah orang kaya ‘berjimat’.
“Ikhlaskan saja… insyaAllah ada rezeki lain Allah ganti”
Macam manapun, ada di kalangan netizen yang bersetuju dengan sikap Aizad untuk mengikhlaskan saja bayaran RM600 tu. Ya lah kan, orang kaya pun ada hutang ke apa kan… Husnudzon je lah ye.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : vanila daily