Tak Tahan Dikec4m, Intan Najuwa Bidas Semula! Fatin Afeefa Sempat Tinggalkan Komen

Pelakon, Intan Najuwa menitiskan air mata dan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan Madinah selepas tiba di sana sejak 26 Januari lalu.

Malah, bintang berusia 22 tahun ini turut bersyukur atas pengalaman yang dilalui dan menyifatkan ia tidak boleh diganti dengan wang ringgit.

Perkara itu dikongsikan pelakon Kekasih Paksa Rela itu menerusi Insta Stories.

“Assalamualaika ya Rasulullah. Assalamualaika ya Habiballah. Subur terakhir di Madinah. Sebaknya rasa hati. Berat sangat nak tinggalkan.

“Ya Allah, terima kasih kerana berikan aku peluang untuk menikmati rasa ini. Rasa yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Besarnya kuasa mu ya Allah.

“Tak pernah menangis dan rasa sebak macam ni. Perasaan untuk meninggalkan Madinah itu sesuatu yang nyata.

“Saya doakan semua sedara Islam saya dapat rasa kenikmatan ini, doa saya sentiasa dengan anda semua,” tulisnya.

Sementara itu menerusi beberapa foto yang dimuat naik di paparan Instagram pula, Intan ada menyatakan rasa gembira dan hanya Yang Maha Esa tahu apakah perasaannya ketika ini.

“I’m so happy to be here. Only god knows what I felt inside. Mixed feelings all at once,” maklum Intan.

Lalu melihat ke sisi komen, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat pelakon muda ini seterusnya mengharapkan agar semua urusannya dipermudahkan di tanah suci.

Malah, rakan selebriti, Fatin Afeefa turut meninggalkan komen terhadap entri berkenaan dan turut mendapat reaksi dari rakan baiknya itu.

Sebelum ini Intan Najwa bidas netzen gara-gara pemakaian ketika umrah dikritik, Memang ped4s ayat dia

Aktres Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, kini sedang menunaikan ibadah umrah. Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Intan tidak keseorangan tetapi turut serta ahli keluarganya yang lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya ketika di sana. Intan menerusi Instagram Storiesnya turut memuat naik ‘screenshot’ komen tersebut.

“Ada eh yang posing macam ni kat Jabal Uhud. Tak tahulah niat dia apa kat sana,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

“Yeah itu terpulang kepada awak, kepada niat awak. I jarang balas komen orang tapi awak berdua sangat melampau. Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan busvk sangat. Niat I, I sendiri tau. Antara I dengan Allah. Awak berdua tolong diam dan bersihkan hati yang bvusuk tu. Terima kasih,” balas Intan.

Untuk rekod, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid dilahirkan pada 18 Ogos 1997 di Johor Bahru.

Pada tahun lalu, Intan telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan, Razrul Anwar Rusli pada 18 Ogos lalu bersempena dengan hari jadinya.

Sumber : Instagram Intan Najuwa, Fatin Afeefa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Duniadanakhirat

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: