“Saya Akan Lakukan Apa Sahaja Yang Saya Mampu Untuk Anda Dan keluarga” TMJ

Berikutan penul4ran wab4k cor0nav1rus di negara ini, Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebentar tadi.

Tunku Ismail bertitah, ramai rakyat telah melakukan aduan berkenaan isu pentadbiran, agama, perk4uman, ekonomi termasuk mengenai kesihatan kepada baginda sepanjang dua tahun ini.

Walau bagaimanapun sepanjang tempoh tersebut, Tunku Ismail berkata baginda telah dinasihatkan oleh rakyat agar tidak bercampur tangan mengenai urusan pol1tik dan kerajaan selain disuruh berdiam diri.

Tambah Tunku Ismail, kini sekali lagi rakyat memohon supaya baginda melakukan sesuatu demi keselamatan dan kesejahteraan negeri.

Posting berkenaan menerima 16,000 tanda suka dan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengucapkan syukur serta memohon campur tangan kuasa raja demi kebaikan rakyat Malaysia.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Noteuntukawak