Siti Sarah Dikatakan Hamil Sebab Badan Nampak Berisi. Akhirnya Siti Sarah Tampil Buka Mulut Ded4hkan Sesuatu Buat Warganet Terk3du.

Pemilik nama penuh Siti Sarah binti Raisuddin. Popular dengan nama Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin dan Sarah Raisuddin. Lahir pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak, Malaysia. Kini berusia 35 tahun (2019). Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

Bapanya, Raisuddin Hamzah merupakan penyanyi era 1980-an. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002. Merupakan penyanyi dan pelakon. Memperjuangkan genre muzik Pop, Pop Rock, Balada dan R&B. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Bintang RTM 2001 di mana beliau terpilih sebagai antara finalis akhir.

Penyanyi Siti Sarah menerusi Instagram ada memberikan pencerahan mengenai fizikalnya yang kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini. Katanya pada posting tutorial solekan buat tatapan ramai, dia tidak mengandung seperti yang disangka ramai, tetapi kerana berat badan naik dan kulitnya turut alami selaran matahari.

“Masa ni tembam sangat sampai org ingat saya hamil. Im not pregnant I was just fat and kulit pun teruk. Tak sangka berat mencapai sampai 65 kg!! Dah la tembam pendek pulak tu. Tapi tetap gigih nak cantik. Pakai @ratasyacosmetics sebab kecantikan milik semua insan,” tulisnya lalu mendapat reaksi pelbagai dari peminat.

Untuk rekod, Sarah yang kini hadir dengan single terkini, Dap… Dap… Dap diijabkabulkan bersama pelawak dan penyampai radio, Shuib pada 2011 lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata setakat ini iaitu, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber: MH

Siti Sarah nafi dah bergelar jutawan

PENYANYI Siti Sarah menafikan dirinya kini bergelar jutawan selepas perniagaan diusahakan bersama suaminya yang juga pelawak Shuib semakin laris. Sarah ketika dihubungi mengakui terkejut dengan berita itu sebaliknya berharap supaya gelaran yang diberikan itu menjadi kenyataan.

“Siapa cakap saya kini bergelar jutawan? Ya Allah, kalau betul Alhamdulillah saya memang teringin nak bergelar jutawan. Tapi berita ini tak betul. “Saya dan suami masih berusaha keras serta merangka pelbagai strategi pemasaran bagi memastikan setiap perniagaan yang kami usahakan berjalan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui persaingan dalam perniagaan amat sengit membabitkan produk kosmetik dan kesihatan, namun dia dan suami tidak akan berputus asa. Dalam perniagaan pasti ada pasang surut, namun sebagai ahli perniagaan kami perlu memastikan produk yang dikeluarkan berkualiti dan relevan dengan permintaan sekarang.

“Walaupun persaingan semakin sengit tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengeluarkan produk dan berniaga. “Bagi saya setiap selebriti perlu tampil dengan satu perniagaan demi kelangsungan masa depan dan sumber pendapatan sampingan,” katanya.

‘Janganlah bersangka buruk’ – Siti Sarah

PERKONGSIAN penyanyi terkenal, Siti Sarah di Instagram mengenai kunjungannya ke rumah anak yatim, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dengan memberi sumbangan dan bersarapan mengundang rasa kurang senang warganet.

Menerusi komen ditulis seorang pengikutnya, individu itu mempersoalkan tindakan Sarah yang dianggap sengaja menunjuk-nunjuk. Sarah, 35, bagaimanapun membalas kritikan dan menasihati individu itu supaya tidak bersangka buruk.

“Bersedekah boleh buat secara terang-terang dan boleh buat secara senyap. Janganlah awak bersangka buruk sesama Muslim. Awak kena tahu setiap pergerakan kita baik atau buruk atas izin Allah,” katanya. Berkongsi mengenai aktiviti yang dijalankan itu, Sarah meluahkan rasa syukur kerana dapat meraikan anak-anak di situ selain mengajarnya erti kehidupan.

“Demi Tuhan sukar untuk gambarkan rezeki kurniaan Allah buat saya. Saya diberikan peluang meluangkan masa bersarapan dengan anak-anak. “Walaupun ada rasa sayu, tapi saya tenang dan seronok melihat gelagat mereka dan betapa ikhlas kasih sayang yang ditunjukkan buat saya.

“Melihat senyuman mereka dan tiap suapan dari jari mereka membuatkan saya bersyukur dengan erti sebuah kehidupan. Benarlah, hidup kita akan bahagia apabila selalu rasa bersyukur dan reda. Itu juga yang saya bisikkan pada ha

Kunci mulut hal bisnes

PANDANGAN mengatakan setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita di belakangnya. Jika bukan ibu, ia pasti daripada isteri tercinta atau anggota keluarga lain. Begitu juga dengan pasangan selebriti popular Shuib dan Siti Sarah Raisuddin. Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Semakin itu dilihat menjadi pendorong kuat dalam setiap perniagaan yang diusahakan Shuib.

Bagaimanapun, Sarah berkata, dia bukan saja menjadi tulang belakang suami, tetapi juga rakan kongsi dalam beberapa perniagaan yang mereka usahakan. Antaranya mengusahakan perniagaan madu. “Alhamdullilah ia berkembang dengan baik. Sekarang kami mengembangkan lagi dengan membuka beberapa cabang perniagaan lain,” katanya.

Menurut Sarah, sepanjang menjalankan perniagaan bersama suami, dia tidak pernah berdepan masalah kerana masing-masing sudah faham cara kerja. “Cuma saya tidak boleh bekerjasama dengan Shuib jika di lokasi penggambaran. Saya tidak boleh berlakon dengan suami. Tak tahu kenapa, tapi saya berasakan kami tidak mempunyai keserasian apabila berlakon bersama,” katanya.

Menjelaskan mengenai kerjasama dalam membina empayar perniagaan, Sarah berkata, mereka banyak berkompromi bagi mengelakkan sebarang masalah, sekali gus memastikan perniagaan berjalan lancar. “Walaupun perniagaan dibuka bersama, saya tidak menguruskan segala-galanya. Ada bahagian tertentu saya akan mengawasi,” katanya.

Mereka juga akan berbincang dan berkongsi pendapat mengenai pemasaran. “Saya ada pendapat sendiri dan begitu juga dengan Shuib. Selalunya pandangan yang kami kongsi pasti berbeza. Namun, kami akan mencari jalan dan memilih keputusan di tengah-tengah.

“Bohong kalau saya kata kami tidak pernah berselisih faham. Dalam perniagaan pasti ada, tapi kami akan bersikap rasional. Lebih penting perniagaan diusahakan berjalan lancar,” katanya. Menurut Sarah, selalunya untuk mengelakkan perbezaan pendapat berlanjutan, mereka jarang membawa isu berbangkit dalam rumah.

“Kalau pun saya cuba bangkitkan isu atau hal perniagaan di rumah, Shuib cepat-cepat mengelak. Dia akan bagi alasan yang dia penat. “Biasanya kalau sudah berada di rumah, Shuib tinggalkan hal berkaitan kerja di luar pintu rumah. Jika saya mahu tanya hal pekerjaan di rumah, saya akan lihat terlebih dulu atau cari masa sesuai untuk bercakap,” katanya.

 

Sumber : http://empiremedianetwork.com/