Alif Muhaimin bawa ibu tunai umrah

KUALA LUMPUR: Kesayuan menatap Baitullah di Tanah Suci Makkah tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Sebak dipilih sebagai tetamu rumah Allah pada usia yang muda.

Itulah perasaan pelakon yang juga juara Hero Remaja pada 2017, Alif Muhaimin, 26. Lebih manis, bintang drama Sara Sajeeda itu menunaikan umrah bersama ibu dan kakaknya pada 14 hingga 25 Januari lalu.

“Awalnya, gementar dan teruja menguasai diri. Bagaimanapun, ket4kutan lebih mencengk4m apakah saya sudah bersedia menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah.

“Dalam hati terdetik, apakah ibadat yang dibuat akan diterima Allah SWT.

“Namun, perasaan berubah apabila menjejak kaki ke Madinah. Ketenangan dan peluang menziarahi makam Rasulullah SWT sangat manis,” katanya kepada BH Online.

Bekas graduan Sarjana Muda Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berkata, dia bersyukur dapat menunaikan umrah bersama ibu dan kakaknya.

Pelakon, Alif Muhaimin mahu membawa bapanya pula ke Tanah Suci Makkah pada masa akan datang. – Ihsan IG Alif

“Saya berasakan cukup kerdil ketika berada di Tanah Suci. Saya mohon supaya peny4kit ibu akan sembuh, manakala bapa dikurniakan kesihatan yang baik.

“Jika ada rezeki, saya mahu membawa bapa pula menunaikan umrah. Ibu bapa saya berp1sah sejak tahun 2008,” katanya.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu berkata, dia tidak berhenti-henti memohon keampunan atas d0sa yang pernah dilakukan selama ini.

“Saya sedar terlalu banyak d0sa yang dilakukan. Saya hanya manusia biasa, kekhilafan sentiasa ada.

“Namun, saya memanjangkan doa supaya ditingkatkan iman dalam diri,” katanya anak ketiga daripada lima adik beradik itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH Online