“I Menangis Tak Henti, Kali Ini You Betul-Betul Tinggalkan I,”- Bakal Pindah Ke Tanah Arab Ikut Suami, Kata Linda Rafar Buat Sasha Saidin Sebak

Selamat melangsungkan pernikahan bersama Sirhan Wahab pada 20 Januari lalu, penyanyi Sasha Saidin akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) demi mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara berkenaan.

Perkara itu sekali gus membuatkan rakan seperjuangannya, Linda Rafar berasa sedih untuk meninggalkan Sasha yang pernah sama-sama melalui pelbagai suka duka dalam dunia seni.

“Selamat Tinggal Sasha syg. Sha… im crying non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i.

“Sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama, zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl.

“I kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arwah memen sakit u selalu dtg melawat kat HUKM bg kata2 semangat..sampai la arwah pergi,pastu arwah my mum sakit n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.

“Kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in. sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u,” tulisnya.

Dalam pada itu, Linda turut mendoakan agar kakak kepada Zain Saidin itu menjalani kehidupan baru sebagai isteri di negara orang.

“I doakan u happy dgn hidup baru u di Dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i.

“Ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.

“Hanya Allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha. Selamat Tinggal sha @sashasaidin,” akhirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sha… im crying non stop! i tak sedar rupanya this time u btul2 tinggal kan i😩.. sha,i takkan lupa semua jasa baik u sejak zaman elite masa kita gi australia bersama,zaman kita mula mengenal dunia u sentiasa ada dgn linda.. u je yg panggil i baby gurl🤭.. sha,i kenang sgt jasa baik u n pengorbanan u pada i.. sejak arwah memen sakit u selalu dtg melawat kat hukm bg kata2 semangat..sampai la arwah pergi,pastu arwah my mum sakit n pergi pon u sentiasa ada dgn i sha.. kadang2 i terlepas pandang sha.. im sory sha x dpt join videoclip u n u really want me to be in🙏🙏🙏 sory sha.. Tapi i yakin allah tu tau hati u bersih n ikhlas anggap i btul2 mcm adik u.. i doakan u happy dgn hidup baru u di dubai.. u jgn lupa i tau sha! if bole my bday 11/2/2020 u dtg ok jumpa i.. ya allah balasla jasa baik kawan baikku sasha n family.. yg sentiasa ada dgn linda time susah n senang.. hanya allah shj yg mampu mendengar n membalas semua jasa baik u.. love u sha😘 Selamat Tinggal sha😭 @sashasaidin

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Berlatarbelakangkan lagu Selamat Tinggal Teman nyanyian mereka bersama (kumpulan Elite), video tersebut memaparkan suasana ketika di majlis persandingan Sasha bersama ahli kumpulan itu yang dianggotai Azza dan Watie.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ELITE ❤️

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jarang jumpa so jgn marah if too many pict of ELITE ok😂 @tie_sadaliofficial @azzaelite 😘 My natural makeup by @appless81 ❤️ Bawal pleated @lrhijab

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats sha.. Im happy for u sha.. love u 😘 @sashasaidin

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 60,000 tontonan dan rata-ratanya sebak akan perkongsian hubungan persahabatan mereka.

Terdahulu, Sasha sah bergelar isteri Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Santuary, Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu.

Sasha turut menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10 tahun.

Video : Instagram Linda Rafar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:MH