“Saya Harap Allah Boleh Bawa Abang Alif Pulang Semula Ke Rumah” –  Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin memberitahu bahawa anak bongsunya, Putri Nur Fatehah berm1mpi akan arw4h abangnya, Alif malam tadi.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Pagi ni Fatehah bangun daripada tidur. Buka mata, Fatehah cakap, ‘Mama, Fatehah mimpi abang Abang Alif. Seronok sangat’.

“Kemudian dia bercerita…sampai habis. Akhir sekali, Fatehah kata, ‘Saya harap Allah boleh bawa abang Alif pulang semula ke rumah,” tulisnya.

Pada masa sama, pelantun lagu hit Di Persimpangan Delima itu mengakui dia amat merindui arw4h anaknya itu.

“Ya Allah, sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui hati seorang ibu yang merindui anaknya dan anak kecil yang rindukan seorang abang, juga papanya. #mamarindualif,” luah Nora.

Perkongsian Nora itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar Nora terus cekal melalui kehidupan mendatang.

“Semoga Allah kurniakan ketabahan buat Kak Nora sekeluarga.

“Ya Allah! Kuat betul dugaan ke atasmu Kak Nora. Namun, kak Nora sangat kuat. Kami semua turut bersedih kak, Al-Fatihah,” tulis sebahagian netizen.

Sebelum ini, anak kedua Nora, Mohd. Syakir Alif meningg4l dunia secara mengejut pada 14 Disember lalu.

Terdahulu, Nora juga diuji apabila kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017.

Hasil perkahwinan, Nora dikurniakan empat cahaya mata, Mohd. Syakir Iman Johan, 26, Mohd. Syakir Alif, 20, Putri Nur Dahlia, 13, dan Putri Nur Fatehah, 7.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

In Shaa Allah. Dengan izin Allah Saya berniat utk membawa anak2 perempuan saya utk mengerjakan umrah pada 18-29 Mac ini bersama @umrah.eco Selagi mampu….sebagai ibu & ayah, Saya ingin membawa anak2 menjadi tetamu Allah, melihat sendiri kota Madinah, melihat Kaabah, tawaf, sai menghayati sirah & memahami ibadah umrah. Moga Allah permudahkan niat saya. Ini lah cara terbaik utk saya meluangkan quality time bersama anak2, melepaskan segala kerinduan buat arwah Johan & arwah Alif yg sentiasa dirindui & beribadah kpd Allah swt. Terima kasih @umrah.eco diatas peluang ini. Moga saya & jemaah lain akan mendpt umrah yg mabrur. Jom umrah bersama saya, Ust Hanafi & Ust Hashimi yg bakal mengiringi semua jemaah & memberi segala pengisian bermanfaat. In Shaa Allah.🕋 @umrah.eco

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Almost 40 days… Miss you son.😢😢 Al- fatihah buat anakku. #mamarindualif

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Saya Harap Allah Boleh Bawa Abang Alif Pulang Semula Ke Rumah” –  Nora Ariffin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*