“Sihat Atau Saklt, Nikmat Yang Perlu Kita Syukuri” – Izzue Islam Masuk H0spital

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam dimasukkan ke h0spital akibat yang berkaitan dengan saluran hempedu.

 

Izzue memaklumkan perkara itu menerusi muat naik terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.

 

Posting itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Izzue sedang terbaring di atas katil sebuah h0spital dengan memakai alat bantuan pernafasan.

“Sihat ataupun saklt, kedua-duanya merupakan nikmat yang perlu kita syukuri. #SirosisBiliariPrimer,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sihat ataupun sakit, kedua-duanya merupakan nikmat yang perlu kita syukuri. Terima kasih @amirulhaswendy dtg melawat 📝 #SirosisBiliariPrimer #Ikhlas

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on

Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Izzue dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya.

“Semoga cepat sembuh pokjue!” tulis @alia.nadhirah

 

“Semoga abang Izzue cepat sembuh. Amin,” komen @khairul_jaybee1234

 

Dalam perkembangan terbaru, Izzue menggalas tanggungjawab sebagai ‘atuk kepsi’ di belakang tabir Maharaja Lawak Mega (MLM2019) yang bersiaran setiap Jumaat secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak via Catatan Terakhir