“Harap Perjalanan Ini Permulaan Hidup Baru Yang Baik”- Nora Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Penyanyi Nora Ariffin berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirahmanirahim 🕋 Jom umrah bersama ECORITS TRAVEL, saya, Nora & Ust Hanafi pada 18 Mac -29 2020 nanti.❤️

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

“Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan.

“Di sebalik segala suka duka ujian Allah yang saya lalui, harap perjalanan ini permulaan hidup baru yang baik buat saya.

“Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kepada Allah kita berserah,” tulisnya.

 

Pada masa sama, Nora turut meluahkan rasa rindunya kepada dua insan yang tersayang yang sudah pergi meningg4lkannya.

“Alfatihah buat dua insan tersayang. Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif. #mamarindualif #adadalamtiadabynira,” luahnya.

Terdahulu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun.

Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kem4tian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via pisang daily