Elly Mazlein Selamat Bertunang Dan Jejaka Pilihan Dia Adalah Berasal Dari Kelantan Dan Ini Tarikh Pernikahan Mereka

Selebriti serba boleh, Elly Mazlein selamat menjadi tunangan orang dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Elly yang turut dikenali sebagai Kak Lina Pompom tampil manis dalam persalinan hijau pudina ketika disarungkan cincin oleh ibu pasangannya, Zaiton Abdullah.

Tak dedah wajah tunang

Walaupun sudah menjadi tunangan secara rasmi, penyanyi Usah Ditambah Bara Tersimpan ini masih tidak bersedia untuk mendedahkan wajah Mohamad Azlan. Namun, dia akan berbuat demikian ketika majlis berinai.

Dia bukanlah orang industri. Jadi, dia perlukan sedikit masa untuk biasakan diri. Saya pun dah mula mengajaknya ke majlis keramaian untuk biasakannya dengan orang industri.

Insya-Allah, saya akan perkenalkannya kepada semua menjelang majlis berinai yang akan berlangsung Januari nanti

Nikah 17 Januari

Elly dan Mohamad Azlan akan disatukan pada 17 Januari 2020. Pada bulan sama, akan berlangsungnya majlis berinani, resepsi dan bertandang di Kuala Krai, Kelantan. Mereka mula berkenalan pada Ogos 2018 sebelum majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu.

Sumber: BoxiniceIntrendHarian Metro

Kredit: OH BULAN