Norman Hakim Terkilan Selepas Mendengar Bayi Abby Abadi Sudah Tiada. Pada Mulanya Dia Tidak Percaya Sebenarnya

Pelakon Norman Hakim berasa terkilan kerana tidak pernah bertentang empat mata dengan anak lelaki aktres Abby Abadi, Muhammad Danial Firman sepanjang tempoh 72 hari dilahirkan.

Jelas Norman dia hanya mendengar perkembangan anak pra-matang itu daripada Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.

“Salam Tahajud dari Makkah Baby D sayang…Walau papa,mummy, abang-abang & kakak-kakak semua tak pernah bertentang mata & tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali abah dengan mama, tapi kami sangat menyayangi Baby D tau…Hari-hari dengar progress Baby D dari abah & mama.

“Dan skrg Baby D dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dulu…antara asbab utk Baby D bawak abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 ke syurga jugak nanti,” tulisnya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Memey Suhaiza akui pada mulanya dia tidak percaya selepas dimaklumkan dengan berita pemergian bayi itu.

“Semalam rasa mcm mimpi bila abah bagitau yang Baby D dah tak ada tinggalkan kami lepas Isyak waktu Makkah.

“Hari ni bangkit dari Tahajud, pun rasa macam mimpi jugak tapi bila bukak ig tengok comments & tengok ramai yang mendoakan & sedekahkan Baby D Al-Fatihah, memang kenyataan Baby D dah takde, dah tinggalkan kami semua.

“Insya- Allah selesai Umrah, bila balik Malaysia nanti, kitaorang ramai-ramai akan ziarah Baby D kat pusara nanti.

“Tunggu kami datang ye sayang…In shaa Allah kita jumpa lagi nanti betul-betul kat syurga (kalau tak jumpa, selain dari abah & mama, tolong cari kami nanti jugak tau sayang)

“Al-fatihah buat Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal (27/9/19 – 7/12/19).

“Terima kasih buat semua sahabat yang baik budiman kesayangan Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w diatas ucapan & doa yg dikirim buat Baby D,” tulisnya lagi.

Norman dan Abby bersama ahli keluarga yang lain sedang berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

Danial menghembuskan nafas terakhirnya semalam (8 Disember) selepas 72 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.

Danial dilahirkan secara pra-matang pada 27 September dengan berat sebanyak 535 gram.

Sumber : GEMPAK DOT COM