Kisah Sebenar Didedahkan Oleh Syed Saddiq Tentang Video Penyokong Indonesia Dikatakan Dipvkul Teruk Dengan Penyokong Malaysia

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengulangi penegasan beliau bahawa video tular mendakwa penyokong Indonesia dipu-kul adalah berita palsu dan fitnah yang amat teruk.

Kenyataan itu disiarkan menerusi video dimuat naik di Instagram beliau hari ini.

“Kepada rakan-rakan di Indonesia, tolonglah jangan percaya ‘hoax’, berita palsu, fitnah yang mengatakan ada penyokong Indonesia yang dipu-kul dan ada penusukan dikatakan dilakukan oleh penyokong Malaysia.

“Saya sendiri sudah membuat laporan polis. Saya juga sudah menghubungi polis Malaysia yang sudahpun berhubung dengan polis Indonesia bahawa video itu adalah ‘hoax’, tipu dan fitnah tidak betul,” katanya.

Sebelum ini seorang pengguna Twitter memuat naik satu video berdurasi 44 saat yang menunjukkan beberapa lelaki dibel4sah.

Dia mendakwa beberapa lelaki warga Indonesia dibel4sah ketika perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, merujuk kepada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Selasa lalu.

Menurut Syed Saddiq, video berkenaan tiada kena mengena dengan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Katanya, pihak Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia juga sudah mengesahkan video berkenaan adalah penipuan.

View this post on Instagram

JANGAN PERCAYA HOAX! Jangan kerana HOAX, hubungan di anatara 2 rakan serumpun, Malaysia & Indonesia terpecah belah. Lihat sahaja kenyataan dari Kemenpora Indonesia. TOLAK HOAX/BERITA PALSU/FITNAH! https://www.indosport.com/sepakbola/20191122/fans-indonesia-tewas-ditusuk-di-malaysia-ini-klarifikasi-kemenpora

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

“Jangan kerana ‘hoax’ hubungan antara kedua negara ini jadi keruh. Kita merupakan rakan serumpun, jangan memecah-belahkan rakyat Malaysia dan Indonesia kerana penipuan yang begitu teruk ini,” katanya.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment on "Kisah Sebenar Didedahkan Oleh Syed Saddiq Tentang Video Penyokong Indonesia Dikatakan Dipvkul Teruk Dengan Penyokong Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*