“Sweet Terukk, Macam Pre Wedding Pulak” – Netizen

Seperti diketahui semua rakyat Malaysia, digosipkan bahawa Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah mempunyai hubungan 1nt1m bersama. Kelihatan bukan sahaja dalam irama dan lagu yang digubah mereka menjadi satu gandingan hebat, tetapi hubungan mereka sebagai kawan tapi mesra juga terasa hangatnya. Baru-baru ini, Hael Husaini telah berkongsi satu potongan video dari video klip lagu terbarunya.

Dilihat di dalam klip video tersebut, terlihat Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sangat mesra bersama di pantai dituruti dengan kapsyen beliau “Hari ini, esok.” .’Hari Ini’ adalah tajuk lagu terbaru mereka berdua yang mereka sedang hangat promosikan bersama.

Menurut Mahligai Cinta Tv3, lagu ‘Hari Ini’ akan menjadi lagu tema program televisyen Mahligai Cinta di TV3. Namun begitu, kemesraan dan ke1nt1man antara Hael dan Dayang sangat dirasai oleh netizen di laman sosial Hael Husaini.

Setelah video tersebut ditatap oleh netizen, ramai yang berpendapat hubungan antara Hael dan Dayang sangat romantik dan ‘sweet’. Sehinggakan ada juga rakan artis yang mengatakan bahawa lakonan mereka berdua dilihat sangat ‘natural’. Ada juga yang mendoakan mereka berdua mempunyai jodoh untuk bersama menuju ke jinjang pelamin.

Mengikut perkembangan terbaru Hael Husaini, lagu ‘Hari Ini’ gandingan beliau dan Dayang Nurfaizah itu telah keluar di semua digital platform dimana peminat boleh medengar dan menonton video lagu tersebut di seluruh media.

Sumber : Ig Hael Husaini via Informasiviral.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook