“Saya Kuarantin Dia 10 Tahun” – Syazwan Zulkifly Belum Ada Tarikh Kahwin

Pelakon Syazwan Zulkifly menjelaskan masih belum memutuskan tarikh perkahwinannya dengan tunang, Syawariah Zulkifli.

Kata Syazwan, masing-masing masih mengejar matlamat dalam kerjaya dan seandainya sudah tiba masa sesuai, mereka akan mengumumkan tentang hari bahagia.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Family. Si mok @syamim.z je takde masa ni. Kalau ada dia complete dah. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.Amin. Selamat Hari Jumaat semuanya.

Siaran dikongsi oleh Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) pada

“Saya dan tunang terbuka dan kami punyai banyak perancangan lagi, tetapi seandainya kami ditakdirkan berkahwin dalam tempoh terdekat atau lagi lambat, kami terima.

“Kami berkawan selama 10 tahun dan dia sangat memahami. Dia tahu kisah saya, jatuh bangun saya dan tiada apa yang perlu kami sorok antara satu sama lain.

“Percaya itu kunci dalam perhubungan kami, saya percayakan dia dengan kerjayanya sebagai pramugari sepertimana dia percayakan saya sebagai seorang pelakon,” katanya.

Syazwan yang ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin 2019 di De.Wan by Chef Wan Kuala Lumpur baru-baru ini akui mengambil masa lama untuk membawa tunangnya itu bertemu dengan ibunya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Belanja segambar lagi. Alhamdulillah selamat semuanya. Melayu klasik kata nya. Hehehe

Siaran dikongsi oleh Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) pada

“Saya kuarantin dia selama 10 tahun sebelum bawa berjumpa dengan keluarga saya.

“Tambah pula saya takut untuk mengenali wanita dan mencari yang yang paling tepat,” tambahnya.

Syazwan dan Syawariah yang masing-masing berusia 32 tahun memutuskan untuk bertunang pada 31 Ogos lalu di Taiping, Perak.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini semalam punya cerita. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. ❤️

Siaran dikongsi oleh Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Kuarantin Dia 10 Tahun” – Syazwan Zulkifly Belum Ada Tarikh Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*