[VIDEO] Kaka Azraff Bakal Sambut Kelahiran Baby Boy!

Penyanyi Kaka Azraff atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff dan suami, Adam Azriff bakal menyambut kelahiran bayi lelaki.

Berita terbabit dikongsi oleh Kaka menerusi ruangan Instagram Stories miliknya menerusi majlis pendedahan jantina bayi yang diadakan semalam

 

 

 

 

Manis menggayakan persalinan biru lembut, majlis terbabit turut dihadiri oleh keluarga serta teman rapat Kaka.

Kaka turut berkongsi sekeping foto bersama ibu dan ibu mertua yang diambil di sekitar majlis terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ma QUEENS 💎 My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom 😍 thank you for everything Mummy! @shinafie69 . Love you both! Mama & Mummy ❤️ #genderReveal

Siaran dikongsi oleh K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) pada

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu dan bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Diamonds.

Sumber: IG Story kakaazraff via  Gempak