“Kerana Kasih Syg…”- Kisah Sebelum Hari Nikah Pasangan ‘Viral’ Ini Raih Perhatian!

Beberapa keping foto pasangan pengantin sama cantik, sama padan sejak semalam tular dan mendapat perhatian ramai apabila dapat dilihat kesihatan pengantin lelaki seperti sedang tidak sihat.

Menerusi laman Facebook, foto pasangan ini turut menerima doa orang ramai apabila difahamkan pengantin lelaki kemalangan sebelum hari bahagianya berlangsung.

Namun apa yang menjadi perhatian dan menerima pujian apabila pasangan ini tetap meneruskan majlis mereka.

Kisah yang turut dimuat naik melalui laman Siakap Keli Press ini juga membuatkan ramai mengucapkan tahniah. Dikenali sebagai Fatien dan Imran, ramai yang mendoakan agar pengantin lelaki cepat sembuh.

Ini antara foto yang mula tular di media sosial.

Selamat pengantin baru

Mengenakan busana serba putih, sangat cantik! Selamat pengantin baru diucapkan.

Sumber: Siakap Keli Press, Sy Hafiz’s via HCL