“Good Strong Punches Gurl” – Aksi Tangkas Mizz Nina Bertinju Buat Netizen Kagum

Selebriti Mizz Nina menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina dengan mengamalkan aktiviti seni mempertahankan diri, bertinju.

Menerusi laman sosial Instagram, Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 39, berkongsi sebuah video lama dirinya sedang beraksi dengan seorang jurulatih tinju.

“Looking forward to getting back to my old form! This was recorded a few months ago. Feels good to be back!” ujar Nina menerusi ruangan kapsyen.

Video berdurasi 60 saat yang dirakamkan sebulan lalu menunjukkan Nina tangkas bertinju ditemani jurulatihnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Looking forward to getting back to my old form! This was recorded a few months ago. Feels good to be back! Filmed by @farellsalvador @pojie_9314 @salvadorsboxingacademy

Siaran dikongsi oleh Shazrina Azman (@officialmizznina) pada

Di samping Nina, suaminya penyanyi, Noh Salleh turut mengamalkan aktiviti ini untuk mengekalkan stamina.

Menerusi ruangan Insta Story, Noh turut memberikan nasihat supaya bersenam setiap hari agar badan sentiasa bertenaga.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi aksi cergas Nina yang berani menyertai aktiviti lasak ini.

“Still got the power in you Mizz Nina,” ujar seorang netizen.

“Good strong punches gurl! #ugotit,” komen seorang netizen memuji pergerakan tangkas Nina.

“Power!!! You’re amazing sis,” kata seorang netizen yang terinspirasi menerusi video tersebut.

“I have always wanted to try boxing! But never had the chance to do so,” ujar seorang netizen lagi.

Malah, ada yang turut berpendapat wanita sememangnya perlu belajar seni mempertahankan diri.

Di samping dijadikan sebagai aktiviti pembakar lemak, ia juga boleh dijadikan sebagai pelindung jika adanya ancaman bahaya.

Video yang baru dimuat naik semalam itu sehingga kini telah menerima hampir 23,000 tontonan.

Noh dan Nina bernikah pada 1 Julai 2011 dan pasangan terbabit kerap melakukan aktiviti kemanusiaan bersama-sama.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Gempak