Dua Budak Bina Model Replika Pelbagai Kenderaan Guna Kotak Ini Cukup Kreatif & Hebat!

Di saat anak-anak kecil lain sedang sibuk dengan dunia mereka bermain pelbagai gajet dan permainan video, tapi lain pula dengan dua beradik ini. Daya kreatif dan minat mereka di usia kanak-kanak memang sangat mengagumkan!

Baru-baru ini tular di sosial media dengan kebolehan dua kanak-kanak yang menghasilkan pelbagai model replika pelbagai kenderaan menggunakan mounting board.

Menerusi perkongsian Norin Puteh di laman Facebooknya, dua beradik ini sangat minat menghasilkan pelbagai replika mini kenderaan sejak kecil lagi.

Aksi dua beradik sedang asyik membuat replika.

Pada awalnya mereka hanya menggunakan kotak dan mencantunkan menggunakan selotep sahaja. Namun kini mereka sudah menggunakan mounting board untuk mendapatkan hasil yang lebih kukuh.

Melalui perkongsian wanita ini kelihatan dua beradik ini menghasilkan beberapa jenis replika mini kenderaan seperti lori mengangkut barang, motor Y15ZR dan beberapa jenis motor lain serta mesin padi.

Antara replika yang dihasilkan dua beradik ini.

Lebih menarik, mereka turut menghasilkan sebuah replika mini bengkel yang nampak macam bengkel sebenar. Rekaan ini membuatkan netizen kagum dengan daya kreativiti mereka.

Jika dilihat pada hasil keseluruhan rekaan anak-anak ini sememangnya cukup kemas dan terperinci.

Berikut adalah antara hasil rekaan dua beradik ini:

Replika bengkel

Koleksi motor

Replika lori yang cukup terperinci buatannya

Luar biasa bakat mereka dan minat mereka. Kami doakan semoga mereka berjaya dalam apa juga bidang yang mereka minati.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Norin Puteh via HCL