Jika anda mengikuti perkembangan Datuk Alha Alfa pastinya anda akan melihat kejayaan demi kejayaan dikongsikan jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal ini di media sosial.
Malah, dia juga kadangkala berkongsi beberapa pengalamannya ketika hidup susah kepada followers dan ianya membuatkan ramai semakin salute dengan Datuk Alha.
Pastinya ada kejayaan yang dikecapi kini kerana bermula dari bawah dan begitu jugalah dihadapi oleh Datuk Alha.
Pada mulanya, Datuk Alha terjumpa foto lama yang dikatakan ketika waktu susah dan ayahnya pula bekerja sebagai tukang kebun dan pulang sahaja ke rumah terus membuat kuih.
Balik sekolah laju2 tukaq baju tolong…
Membuatkan ramai terinspirasi juga, kata Datuk Alha ketika dia balik dari sekolah laju-laju tukar baju dan tolong mencetak kuih dan kerja yang dilakukan itu dia sangat bahagia kerana dapat duduk dengan ayah ibu membuat kuih bersama.
Selain dia berkongsi kisah tersebut, dalam pada itu, katanya juga dia memang minat berniaga sejak kecil lagi. Namun, paling menyentuh hati juga Datuk Alha memberi nasihat mengenai ayah ibu yang perlu dijaga sebaiknya.