Zarina Zainuddin Kongsi Video Azil Makan Durian Yang Macam Nak Termuntah Je Bila Bau Durian

Ramai sudah sedia maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar istimewa yang menghidap autism iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).

Zarina Zainuddin ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, ia memaparkan gelagat anaknya, Azil yang pertama kali mencuba makan buah durian.

“#azilmakandurian Dalam perjalanan balik kami singgah makan durian ..saya mintak udang merag lepas tu azal cakap hei saya tak makan seafood

“Ini durian namanya saja takde udang pun dalam durian ni azal ..First time azil makan durian selalu dia macam nak termuntah jer bau durian ..#autism #autismawareness #azalohazal #azilazal Shawl cantik @as.legacymalaysia,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#azilmakandurian Dalam perjalanan balik kami singgah makan durian ..saya mintak udang merag lepas tu azal cakap hei saya tak makan seafood 😃 Ini durian namanya saja takde udang pun dalam durian ni azal .. First time azil makan durian selalu dia macam nak termuntah jer bau durian .. #autism #autismawareness #azalohazal #azilazal Shawl cantik @as.legacymalaysia

Siaran dikongsi oleh Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) pada

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Azil.

 

Azal yang mempunyai mild autisme masih boleh bercakap, membaca, menulis serta boleh dilepaskan untuk keluar ke kedai seorang diri dan pandai membeli barang yang diinginkan sendiri. Dia juga seorang yang peramah, suka berkawan dan bergaul dengan orang ramai.

Manakala Azil hanya mampu mendengar tapi tidak boleh berkomunikasi secara verbal. Walau bagaimanapun, ia tak menjadi penghalang untuk Zarina bercakap dan bertanya Azil akan kehendaknya. Menjadi cabaran besar untuk ibu tabah ini membawa Azil keluar kerana ada masa susah untuk mengawalnya.

Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Zarina diberi ketabahan membesarkan anak-anak syurga ini dan terus menjadi sumber inspirasi buat ibu bapa di luar sana.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin via MH 

Be the first to comment on "Zarina Zainuddin Kongsi Video Azil Makan Durian Yang Macam Nak Termuntah Je Bila Bau Durian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*