“Aku Cakap Kang Kata Kita Burukkan Kawan.. Dia Kan Ada Saka!” Respon Fara Fauzana Tengok Bila Tengok Zara Zya

Jangan ditanya mengenai berat wanita kerana ia merupakan satu perkara yang sensitif.

Tapi, lain pula bagi pelakon Zara Zya yang kerap memuat naik video sedang menikmati makanan yang enak dan lazat.

Terbaru, pelakon Monalisa itu telah berkongsi video yang melihatkan dia sedang makan nasi lemak.

Susulan itu, Jihan Muse telah memberikan respon terhadap video tersebut.

“Aku sampai kena cut nasik sbb GV punya pasal. Dia ni hari2 mencekik nasi lemak tp sekeping je. Sakit pulak hati kita,” tulis Jihan.

VIDEO :

KOMEN FARA FAUZANA 

aku cakap kang kata kita burukkan kawan .. dia kan Da saka!! 

Lantas, netizen turut bersetuju dengan pendapat Jihan yang menganggap bahawa Zara memiliki badan yang slim, meskipun dia kuat makan.

‘Bila Dah Bertemu Potong Bawang Pun Ambil Masa…’ – Fara Fauzana & Shila Amzah Kongsi Macam Mana Mereka Jadi BFF Bersama Zara & Jihan

BFF antara selebriti yang kini semakin mendapat perhatian ramai kerana saling melengkapi iaitu Zara Zya, Jihan Muse, Fara Fauzana dan Shila Amzah.

Mereka yang mempunyai populariti tersendiri iaitu Jihan seorang pelawak yang sentiasa membuatkan orang tertawa, Zara merupakan pelakon yang mempunyai bakatnya tersendiri dalam menarik minat penonton. Manakala, Shila pula tidak asing lagi dalam dunia nyanyian malah sudahpun terkenal di China dan Fara sememangnya sejak dahulu lagi beliau sangat disukai peminat dan banyak kali memenangi anugerah sebagai Penyampai Radio Wanita Popular.

Menerusi rancangan FBI Live pula, Fara sebagai pengacara telah menjemput rakan-rakan baiknya itu bagi segmen memasak namun hanya Shila dan Zara yang datang dan Jihan dikatakan masih dalam perjalanan. Namun apa yang menarik perhatian, Fara dan Shila yang sememangnya sudah mengenali satu sama lain menceritakan bagaimana boleh berkawan rapat dengan Zara apatah lagi mereka juga berkata setiap karier yang diceburi semuanya berbeza.

Video dimuat naik di YouTube

Fara dan Shila mengatakan mereka ingin mengenali Zara kerana drama Love You Mr. Arrogant; sehinggakan Shila menghantar DM di Instagram milik Zara kerana meminati lakonan kawannya itu. Manakala, Zara dan Jihan sudah lama mengenali antara satu sama lain dan kerana Jihan juga sudah mengenali Shila maka akhirnya mereka berkawan rapat.

Menerusi video tersebut, mereka bertiga masih sempat sahaja bergurau sehingga Shila memecahkan gelas namun rata-rata netizen memberi komen bahawa sangat suka dengan persahabatan yang terjalin antara mereka berempat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : IslamikInfo