Lebih 5 Tahun Tak ‘Keluar TV’, Leez Rosli Dedah Punca Mengapa Menghilang Begitu Lama

Bagi ada yang kurang mengenalinya, Lezz Rosli terlebih dulu mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-4.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️

A post shared by Leez Rosli Official (@leezrosli_officialmy) on

Bagaimanapun, kelibat isteri kepada vokalis Drama Band, Aepul ini di kaca televisyen atau pun majlis seni mulai berkurangan sejak mempunyai cahaya mata.

Leez atau nama penuhnya Rosliza Rosli ketika ditemui MH berkata dia punyai sebab tersendiri apabila ‘menyepi’ dari industri hiburan.

“Selepas bersalin, anak saya susu badan, jadi nak bergerak pun agak terhad. Masa itu, saya lebih selesa untuk menguruskan anak-anak, meluangkan masa bersama tengok anak membesar depan mata.

“Malah sejujurnya, saya tak terfikir untuk ceburi dunia hiburan ini lagi,” akui Leez.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seperti biasa, gambor dgn anak semua xmenjadi.. so gambor dgn partner in life hakak je la.. 💏 Selamat Hari Raya semua! 😘 #teamrayakuching

A post shared by Leez Rosli Official (@leezrosli_officialmy) on

Bagaimanpun, bintang tersebut akhirnya berubah fikiran, lalu muncul di kaca TV menerusi program realiti muzikal komedi Muzikal Lawak Superstar, bermula Jumaat ini.

Leez bakal bergandingan sama kumpulan Bunga, yang turut disertai pelawak Caca dan Azmir.

“Alhamdulillah, sekarang anak dah besar sikit, jadi saya boleh bawa diri dan ini adalah peluang terbaik untuk saya ceburi dunia hiburan lagi.

“Saya masuk semula dalam industri ini dan ia adalah peluang untuk orang kenal bakat saya yang suka menyanyi dan berlakon,” kongsinya lagi yang sudah menyepi selama lima tahun.

Tambah Leez,  dia akui agak sukar untuk dapatkan keserasian dengan Caca dan Azmir kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama di atas satu pentas.

“Sebelum ni saya kenal mereka biasa-biasa sahaja, cuma kami sebelum ini pernah berlakon sama-sama. Jadi keserasian itu sudah ada.

“Tapi sekarang ini kami juga akan buat persembahan bersama secara langsung dan memerlukan keserasian dan satu kepala yang gila-gila di atas pentas,” jelas Leez.

Program realiti muzikal komedi Muzikal Lawak Superstar membabitkan 14 peserta yang mewakili pelawak, pelakon dan penyanyi membuat persembahan di atas pentas.

Program itu akan bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Jumaat ini di Astro Warna (132) dan Warna HD (124), Jumaat ini jam 9 malam.

Nabila Huda dan Nabil Ahmad selaku pengacara bagi program tersebut, sementara Nora Danish, Datuk Awie dan Altimet sebagai juri tetap.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#MHnews Wow! @leezrosli_officialmy akan muncul di kaca TV semula! Kali ni beraksi di pentas #muzikallawaksuperstar di Astro Warna pada Jumaat ini,9 malam!

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH

 

Be the first to comment on "Lebih 5 Tahun Tak ‘Keluar TV’, Leez Rosli Dedah Punca Mengapa Menghilang Begitu Lama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*