[GAMBAR & VIDEO] Cipta Rekod, Ini 10 Corat-Coret Kisah Azharina Buat Sidang Media & Nyanyi Atas Awan Biru Korang Tak Tahu!

Hujung minggu lalu, penyanyi Azharina mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama dipilih mengadakan sidang media seterusnya membuat persembahan dalam penerbangan AirAsia.

Lebih manis dan unik, majlis berlangsung pada ketinggian 38,000 kaki dari aras laut, Sabtu lalu. Menarik, jom ikuti corat-coret menarik di balik kejayaan penyanyi Cinta Terbagi Dua ini.

Sidang media Concert Azharina : Queen of Soul itu dibuat dalam penerbangan AK 5106, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Pengarah Urusan Atlas One Events, Syahrizal Ismail berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dari Malaysia Books of Records sebagai artis tempatan pertama yang berbuat demikian.

Persalinan vest rona lengkap seluar dalam rona merah merupakan ilham pereka Ashraf Zainal. Ashraf juga merupakan salah seorang pereka busananya pada malam konsert nanti.

Sementara solekannya ditatarias oleh Shain Matahari. Katanya kepada MH, memandangkan dia perlu check in sekitar jam 7.45 pagi, dia terpaksa memulakan solekan sejurus solat Subuh.

Sejurus membuat sidang media ringkas, Azharina mempersembahkan dua buah lagu iaitu Elegi Sepi dan What’s Up? nyanyian asal 4 Non Blondes. Untuk lagu kedua, Azharina menggunakan kekuatan vokalnya (menyanyi tanpa pembesar suara) untuk menghiburkan penumpang di tempat duduk tengah dan belakang.

Katanya, pada peringkat awal skuad pengurusannya memberikan empat buah lagu kepada pihak AirAsia dan dua lagu berkenaan telah dipilih untuk dipersembahkan di awan biru.

Apa yang akan dibuat sekiranya penerbangan mengalami kesulitan untuk membuat persembahan akibat kekangan cuaca? Jelasnya, sedari awal dia berdoa supaya segala yang dirancang dipermudahkan dan syukur, impiannya dalam direalisasi.

Azharina percaya, setiap niat yang baik itu akan dipermudahkan, begitu juga dengan gitarisnya pada sesi akustik itu, Korie yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Ella.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, Azharina memberitahu ia adalah suatu yang normal. Tidak boleh puaskan hati semua orang dan tegasnya lagi, mulut tempata tak boleh ditutup!

Concert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam. Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan bintang asal Sabah itu akan menyampaikan 22 lagu secara solo dan medley, termasuk barisan lagu popularnya serta penyanyi lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah impian Nina akhirnya tercapai untuk memberikan kelainan kepada rakyat Malaysia khususnya peminat Nina. Terima kasih @AirAsia selaku Syarikat Penerbangan Rasmi di atas kesempatan untuk Nina melakar sejarah dengan mengadakan sidang akhbar Concert Azharina : Queen of Soul dan membuat persembahan di ketinggian 38,000 kaki dari paras laut sambil diiringi oleh petikan gitar Abang @KorieAminuddin . Pengalaman ini tidak akan Nina lupakan sampai bila bila tambahan pula ianya mungkin yang pertama di Malaysia. Juga terima kasih kepada rakan rakan media dari Kuala Lumpur dan Sabah yang sudi menemani Nina. Love you guys so much. Tak lupa kepada penumpang dan krew pesawat @AirAsia AK 5106 ke Kota Kinabalu thank you so much for everything. You guys memang sporting habis ! Last but not least terima kasih kepada @GrandBorneoHotel kerana menyediakan penginapan yang amat selesa untuk Nina ♥️ . CONCERT AZHARINA : QUEEN OF SOUL Tarikh : 29 Jun 2019 (Sabtu) Masa : 8.30 malam Lokasi : Shah Alam Theatre Online Booking : www.proticket.com.my Whatsapp Booking : http://concertazharina.wasap.my Hotline : 03 7880 7999 & 010 7616 844 . Dibawakan oleh : @AtlasOneEvents Azharina Entertainment Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT @Pemadam_Selangor @PadatSelangor Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor @FeldaUnitedFC The Fighters . Rakan Strategik : @PJCityCouncil Kelab Sukan & Rekreasi Syarikat Penerbangan Rasmi : @AirAsia Studio Rasmi : @HazelnArtWorkStudio Percetakan Rasmi : @OKUTerusMaju Katerer Rasmi : @NasiKandarMelayuSungaiPetani Pakaian Rasmi : @AzharZainalDesign Solekan Rasmi : @ShineMatahariKuMakeUpArtist Lokasi Sidang Akhbar : @BlackBoxSACCMall Tiket Rasmi : @ProTicketMy . #concertazharina #queenofsoul #saynotodrugs #dadahpemusnah #beliabencidadah #dadahmusuhutama #juaratidakperlukandadah #kelabsuk #atlasoneevents #azharinaentertainment #selangor

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

Foto: Mohd Redzuan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH