[VIDEO] “I feel u bro…” – Netizen & Alif sebak kongsi pengalaman jumpa banduan akhir

Alif Satar

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, 28, mengakui pengalaman meluangkan waktu bersama banduan akhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor, menginsafkan dirinya.

Kata pelakon drama rantaian Pia itu, pada lawatan berkenaan, dia sempat berbual-bual dengan banduan terbabit yang sudi berkongsi kisah mereka bersamanya.

“Lama juga kami bersembang dan bercerita. Mereka berkongsi kisah bagaimana dan apa makna kehidupan buat mereka, ketika ini.

Alif Satar

“Saya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Semoga taubat dan segala doa mereka diterima Allah SWT,” kongsi Alif di laman sosial Instagramnya.

Artis serba boleh itu juga berkata, dia dapat melihat ‘nur’ pada wajah banduan berkenaan.

“Walaupun berada dalam penjara, saya rasa mereka sudah menemui Tuhan Yang Maha Esa. Allahuakbar. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,” tulis Alif lagi.

Menurut penyanyi Sesungguhnya 2019 itu, pengalaman berkenaan antara detik yang akan diingati sampai ke akhir hayatnya.

Ujarnya juga, dia berkunjung ke penjara itu bersama-sama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, atas undangan pejabat mufti berkenaan.

Sementara itu, lagu duetnya bersama Raihan, Sesungguhnya 2019, terus mendapat sokongan hebat peminat apabila video muzik rasminya mencatat lebih 8.3 juta tontonan di YouTube sejak ia dikongsi pada 9 Mei lalu.

Video penuh:

Antara komen-komen netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Youtube