[FOTO RAYA] 7 Artis Paling Popular Malaysia Di Syawal 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja dimeriahkan dengan hidangan yang menyelerakan dan kuih-kuih raya yang cantik dan unik. Tapi hari raya juga turut menjadi medan ‘perang’ fesyen untuk artis kita melaram baju raya masing-masing. Kali ini Soya Lemon tampilkan gaya raya 2019 dari artis Malaysia paling popular.

Kebiasaannya, artis yang sudah berkahwin dan mempunyai anak akan mengenakan pakaian hari raya yang sedondon. Apapun, 3 dari artis yang kami tampilkan ini masih lagi solo dan belum berkahwin. Peminat juga akan ternanti-nanti warna apa yang menjadi kegemaran artis kesayangan mereka untuk bergaya di hari raya.

Sejak hari pertama Aidilfitri sehingga raya ke- 6 ni dapat dilihat pelbagai jenis rekaan dan warna baju raya yang dikongsi artis di laman instagram untuk tatapan peminat masing-masing. Macam-macam warna ada termasuk merah, biru dan ungu. Cuba tengok ni!

7 Artis Paling Popular Malaysia Di Syawal 2019:

Rozita Che Wan 

Che Ta ni memang tak pernah kalah, apa sahaja yang dipakainya memang penuh bergaya dan juga make-up tebalnya tak pernah tinggal.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Dato’ Siti tampak simple dan bersahaja.

Neelofa

Neelofa nampak tak kena bukan? Adiknya Ameera tetap jelita.

Hanis Zalikha

Hanis sekeluarga nampak simple tapi tetap ayu dan cantik kan?

Nora Danish

Ni betul-betul ratu gaya pada min, apa sahaja yang digaya Nora Danish tetap cantik dan tidak ter-over.

Mira Filzah

Min tak dapat gambar penuh Mira, tapi kebanyakan gayanya sungguh simple dan bersahaja.

Janna Nick

Janna lupa gosok baju ke? Atau memang fesyen baru macam ni?

Semua nampak simple kan? Tapi tetap tak kalah dan nampak cantik. Bagaimana pula dengan anda? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG Artis