Sambil Kendong Anak 10 Bulan Tolak Motor, Ujian Buat Lelaki Ini

Pepatah mengatakan, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Setiap orang pasti ada ujian masing-masing. Tak kira besar atau kecil ujian itu.

“Akak nak pergi hospital, sebab akak semput”

Bagi Azhar Rastam, pengalamannya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ini merupakan ujian Allah swt untuk dirinya.

Katanya, dia ternampak sekeluarga sedang menolak motor dari R&R Sungai Buloh menuju arah selatan tempoh hari.

Aduh kesian betul jadi abang tu. Nak pergi kerja, nak pergi hospital lagi. Tapi motor rosak pulak!

Motor suami ditunda, isteri tunggu untuk ke hospital

Tak lama kemudian, ada dua penunggang motosikal lain datang untuk membantu.

Sementara Azhar menghubungi adiknya untuk beri bantuan kepada si isteri yang sedang mengendong anak berusia 10 bulan dan beberapa orang anak yang lain.

Dengan bantuan salah seorang hamba Allah tu tadi, motor si suami ditunda sebab nak tak nak dia kena juga pergi bekerja.

“Kami semua dari semalam tidur dekat R&R”

Tapi disebabkan adiknya lewat tiba, Azhar terpaksa juga membawa si isteri dan anak-anaknya ke hospital memandangkan keadaan wanita itu dah tak stabil.

Lagi menyayat hati, tiba-tiba wanita itu berkata yang mereka sebenarnya tidur di R&R Sungai Buloh malam sebelumnya!

Dahlah terpaksa tolak motor dekat 2 kilometer jauhnya, anak pula sedang kehausan. Sedihnya!

Tapi bak kata Azhar, mungkin ini adalah ujian Allah swt untuk dia. Bukan ujian keluarga berkenaan.

Tuhan nak tunjuk, ini suatu ujian lebih-lebih lagi bila kita berjumpa dengan orang dalam kesusahan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : lobak merah via Tv lejen

 

Be the first to comment on "Sambil Kendong Anak 10 Bulan Tolak Motor, Ujian Buat Lelaki Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*