“Ser4but! Ni Semua Angkara Mulut…” – Suami Nadya Syahera Nafi Cur4ng,Tak Balik Sebulan Kerana Sibuk Berniaga

PENDEDAHAN pelakon Nadya Syahera bahawa suaminya yang juga seorang usahawan berlaku cur4ng terhadapnya menjadi perbualan di media sosial.

Fizul menerusi Instagramnya kesal dengan tindakan isterinya yang dianggap menjatuhkan maruah dia dan keluarga.

“Dan kami tak bergaduh pun. Tapi bila dah vir4l jujur aku jadi ser4but. Ni angkara mulut isteri aku. Hingga melibatkan keluarga memang aku jadi tak tentu arah.

“Memang ser4but. Doa baik-baik. Saya sayang keluarga terutama anak-anak,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

okay isu sebulan aku xbalik rumah mmg betul tapi korg kena tahu yg masa bulan puasa aku berniaga di 3 negeri selangor,kelantan dan terengganu. mmg xsempat nk balik sbb terlalu busy. siang berniaga di bazar ramadan mlm berniaga pulak di starvilion gong badak mmg xsempat nk balik. siap2 kemas pun jam 4pagi mlm raya. yg xtahu cerita lebih baik diam. itu shj. dan kami xgaduh pun. tp bila dah viral jujur aku jd serabut. ni angkara mulut isteri aku dan wartawan. hingga melibatkn fmly mmg aku jadi xtentu arah. mmg serabut. doa baik2 sy syg keluarga terutamanya anak2 @aleenarose_ dan @dayyanfn .

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_) on

Fizul akui tidak pulang ke rumah selama sebulan disebabkan sibuk berniaga.

Menerusi laporan sebuah portal, Nadia mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik yang berasal dari negeri Kelantan.

Dalam pada itu, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah selama sebulan sepanjang Ramadan kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.

“Okey isu sebulan aku tak balik rumah memang betul tapi korang kena tahu yang masa bulan puasa aku berniaga di tiga negeri Selangor, Kelantan dan Terengganu.

“Memang tak sempat nak balik sebab terlalu sibuk. Siang berniaga di bazar Ramadan, malam berniaga pula di Starvilion Gong Badak memang tak sempat nak balik.

Fizul sayang keluarga terutama dua orang anaknya.

“Siap-siap kemas pun pukul 4 pagi malam raya. Yang tak tahu cerita lebih baik diam. Itu sahaja,” katanya.

Untuk rekod, perkahwinan Nadya dan Fizul pada 25 September 2015 adalah kali kedua buat pasangan itu setelah masing-masing gagal mempertahankan rumah tangga pertama mereka.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "“Ser4but! Ni Semua Angkara Mulut…” – Suami Nadya Syahera Nafi Cur4ng,Tak Balik Sebulan Kerana Sibuk Berniaga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*