Fatimah kirim kad ucapan Hari Bapa buat Adamdidam, “Satu untuk ayah sebenar saya, satu lagi untuk ayah saya di syurga”

Kad ucapan fatimah dan Ali buat Adam yang dimuat naik ke laman Instagram The Family UK.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fatimah and Ali made 2 #FathersDay cards. Fatimah said “One is for my real dad…and the other one is for my dad in heaven.”

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

SAMBUTAN Hari Bapa anak saudara kepada Chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau Adamdidam mungkin berbeza tahun ini setelah pemerg1an figura popular itu pada Ramadan lalu.

Mempunyai hubungan yang cukup akrab, perkongsian ucapan sempena hari menghargai  bapa yang dibuat oleh Fatimah dan adiknya, Ali menerusi laman Instagram The Family UK ternyata menjentik hati pengikut mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Many assumed that Omar Mukhtar is coping well with the loss of his Mamajee since he is big enough to understand the situation. The truth is that he’s been crying a lot and his health has been affected too. Omar Mukhtar is Mamajee’s first nephew and no words could describe how close they are. The day after Mamajee passed away, Mukhtar had to sit for his final exams at school for the whole week. He was struggling a lot but he didn’t give up. He always tries to hide his tears from us, trying to be strong for all of us especially for Fatimah. Both Fatimah and Ali are so blessed to have such a loving big brother like their Lalajee, Omar Mukhtar. Mamajee must be very proud of all of you…

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Posting yang memaparkan kad ucapan Selamat Hari Bapa kepada Adam yang lebih mesra disapa Mamajee oleh dua beradik itu sehingga kini menerima hampir 8,000 tanda suka (likes).

“Fatimah dan Ali buat dua kad Hari Bapa. Fatimah kata, satu untuk ayah sebenar saya… Dan satu lagi untuk ayah saya di syurga,” tulis pengendali laman sosial itu.

Kad ucapan yang dimuat naik ke laman Instagram The Family UK.

 

Kad ucapan tulisan tangan itu turut disertakan dengan foto kenangan Fatimah, Ali dan Adam.

Baru-baru ini, Fatimah turut menghasilkan satu lukisan yang memaparkan dua figura dan mempunyai lambang hati ret4k, seminggu selepas kem4t1an chef selebriti itu.

Adam dijemput il4hi pada usia 29 tahun, 19 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.

Dia men1ngg4l dun1a di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan dik3bum1kan di Tanah Perkvbvran Islam Lemal, Pasir Mas.

Adam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar