[VIDEO] Dua bulan saya kaji watak ‘Budi’ – Naim Daniel

0
4

Keberkesanan watak Budi di dalam drama Pia, menjadikan lakonan Naim Daniel menjadi perhatian netizen yang menontonnnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#JANNAIM 💯

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Rata-rata memuji ketelitian Naim Daniel dalam menghayati watak seorang adik yang menghidap penyakit Cerebral Palsy.

Menceritakan bagaimana pembawaan watak itu di dalam drama Pia, Naim Daniel memberitahu dia mengambil masa dua bulan untuk mengkaji watak Budi.

“Sebelum mula penggambaran drama Pia, Sheila Rusly ada telefon dan beritahu ada watak yang baik untuk saya. Tapi dia tak cakap watak apa, dia hanya suruh saya cari maklumat berkenaan Cerebral Palsy.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sampai hati kakak. Kakak sanggup buang Budi sebab nak ikut Abang Zafran. Budi tahu, Budi banyak susahkan semua orang. Tapi Budi tak pernah benci kakak ya. Sayang kakak. #pia #teambudi

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Dia suruh saya kaji kemudian barulah dia bagi skrip dan saya buat apa yang dia suruh. Dua bulan saya kaji watak tersebut. Saya tengok di Youtube bagaimana mereka berjalan, bercakap dan ada baca juga tentang penyakit tersebut.

“Jadi apabila kita buat persediaan yang rapi dan masuk ke set penggambaran, ditambah pula dengan garapan pengarah, ia menjadi lebih baik. Dan itulah apa yang penonton tengok watak Budi,” ujar Naim.

Jelas Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, dia tidak pernah untuk memilih watak-watak tertentu apabila menerima tawaran berlakon.

“Sesetengah orang mungkin nak watak hero tetapi pada saya, sebenarnya apa-apa watak pun, bila kita fokus dan boleh buat, insya-Allah orang akan terima.

“Jadi bila dapat watak tu saya rasa seronok sebab boleh tahu kekurangan dan kelebihan yang orang boleh tengok tentang bakat lakonan kita. Bila kita buat watak yang mungkin orang tak nak buat ni dan kalau kita buat baik-baik, hasilnya orang akan nampaklah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Budi sayang kakak. Tapi siapa yang sayang Budi? #pia #teambudi

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Paling yang buat saya terharu ialah bila ada orang ‘direct message’ (DM) di Instagram, mengucapkan terima kasih atau komen tentang watak itu. Ada yang cakap ‘terima kasih wakilkan anak akak’ dan ‘saya teringat pada arwah kakak saya bila tengok Budi’.

“Itu yang lebih membahagiakan saya,” kata Naim Daniel. – MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here