“Terima Kasih Tunaikan Hajat Anak Saya” – Rita Rudaini

HASRAT pelakon Rita Rudaini untuk membawa kedua-dua anaknya, untuk menonton perlawanan bola sepak membabitkan bapa mereka yang juga pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak bakal tercapai.

Rita ketika dihubungi berkata, dia sangat teruja dan tidak menyangka apabila ada pihak sudi merealisasikan impian Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2018, nanti.

 

“Saya terima pelawaan ini sebagai satu rezeki dan peluang yang baik untuk kedua-dua anak saya.

“Pasti mereka teruja untuk melihat bapanya beraksi secara langsung seandainya Aidil turun padang bermain.

“Bukan saya tidak mampu nak beli tiket sendiri, tapi apabila ada pihak sudi nak bawa anak-anak, saya tidak menolak niat murni ini.

“Tiada apa yang mampu saya katakan selain ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi membawa kami,” katanya.

 

 

Menurut Rita, dia tidak kisah sekiranya Aidil yang juga bekas suaminya itu, tahu atau tidak mereka akan ke stadium, asalkan anak-anaknya teruja menonton perlawanan akhir yang bakal berlangsung nanti.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan bawa anak-anak ke stadium untuk menyokong skuad Harimau Malaya dan menonton ayahnya beraksi di perlawanan akhir Piala AFF 2018.

“Bagi saya, Aidil tahu atau tidak kehadiran anak-anak itu tidak penting kerana saya nak anak-anak seronok menonton perlawanan final itu,” katanya.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.

PELAKON popular Rita Rudaini ingin merealisasikan impian dua anaknya menonton perlawanan bola sepak membabitkan bapa mereka yang juga bekas suaminya pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Rita berkata, bersempena dengan Piala AFF Suzuki 2018 sedang berlangsung, dia berharap Aidil dapat menghadiahkan tiket menonton perlawanan skuad Harimau Malaya.

“Bukan tidak boleh beli sendiri, tapi lebih manis sekiranya Aidil dapat menghadiahkan tiket serta jersi skuad Harimau Malaya kepada anak-anak.

“Saya nak bagi anak-anak rasa dihargai apabila tiket terbabit diberikan oleh bapa mereka sendiri. Saya rasa ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

“Lagipun anak-anak ada buka mulut nak tengok bapanya beraksi, jadi saya nak realisasikan impian mereka. Saya nak anak-anak bangga dan mengagumi bapanya sendiri berbanding mengidolakan pemain-pemain antarabangsa,” katanya.

Menurut Rita, dia juga ingin menegaskan tidak pernah menghalang bekas suaminya itu bertemu anak apatah lagi memisahkan mereka.

“Ramai pihak mempertikaikan yang saya menghalang Aidil daripada berjumpa anak-anak.

“Jadi saya nak buktikan kepada semua orang yang bermulut jahat yang kami tiada masalah dan saya tidak bergaduh dengan Aidil.

“Melihat keterujaan anak-anak yang meminati sukan bola sepak dengan begitu mendalam, saya nak bawa anak-anak melihat bapanya beraksi secara langsung,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GengJoyah