“Mamiku Dapat Tersenyum, Ketika Aku Cakap Dia Cantik, Dia Yang Paling Kuat” – Anak Sulung Pengasas Dnars Peroleh Kekuatan

ANAK sulung pengasas Dnars pada pagi Ahad meluahkan rasa sayu mengenai pemergian ibu yang dikasihi, Faziani Rohban Ahmad.

Iqbar Hakim Jasman, 20, berkata, pemergian ibunya merupakan ketentuan Tuhan meskipun ia pahit untuk ditelan.

“Langkah yang tidak pernah diduga, langkah yang penuh dengan keresahan, kesedihan, tapi apakan daya manusia tiada kuasa untuk melawan takdir Allah SWT,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, pagi Ahad.

Iqbar turut menyifatkan kekuatan sebenar lahir saat seseorang itu diduga dengan ujian dalam kehidupan, dan pada masa sama, dia cuba untuk memperoleh kekuatan itu.

“Kekuatan sebenar lahir bila kita diuji, bukan bila kita dalam kesenangan. Itulah yang dapat saya simpulkan.

“InsyaAllah saya kuat dan reda, pemergian yang sangat baik ‘husnul khatimah’. Tenanglah wahai kekasihku,” katanya.

Terdahulu, Iqbar meluahkan bahawa apa yang berlaku ini merupakan ujian yang berat untuk dirinya, tetapi dia perlu kuat demi tujuh adik beradiknya yang lain.

Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, menenangkan anaknya di rumahnya di Kampung Paloh dekat Tumpat, Kelantan. Foto Bernama

Pemergian Faziani merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarganya, malah dalam industri produk kecantikan tempatan.

Iqbar turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang begitu prihatin terhadap pemergian ibunya.

Kurang seminggu lalu, Iqbar memuat naik gambar bersama Faziani di laman sosial dan menyifatkan ibunya seorang insan yang paling kuat.

“Alhamdulillah Mamiku dapat tersenyum, ketika aku cakap dia cantik, ketika aku cakap dia orang yang paling kuat. Ya Allah, pertahankan senyuman ini kerana ianya adalah penjaga setiap malam dan kekuatan aku. You are wonderful women!,” tulisnya.

Jenaz4h Faziani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Tumpat, Sabtu malam. Foto Bernama

Allahyarham Faziani, 40, meningg4l dunia selepas terbabit dalam kemal4ngan apabila kereta yang dinaikinya meremph sebuah lori pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi waktu tempatan, kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mermpuh sebuah lori.

Akibat rmpuhan itu, Faziani tersepit di bahagian penumpang hadapan dan meningg4l dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya cedera.

Jenaz4h Faziani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedemit, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan kira-kira pukul 10.20 malam Sabtu.

Komen netizen;

Kuatkan jiwa…

Insya Allah syurga buat arw4h,,,

Semoga lebih kuat untuk adik2….

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar