“Apa Tujuan Anda Untuk Ingatkan Berjuta Kali….” – Rashidi Tutup Komen Gara-Gara Wajah Anak Ditegur Iras Vanidah Imran

PELAKON Rashidi Ishak menyelar tindakan segelintir individu yang kerap menegur mengenai wajah anak keduanya Maryam Rashika seiras bekas isterinya, Vanidah Imran.

Rashidi memuat naik status teguran itu selepas menutup ruangan komen di dua foto bersama anak perempuannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke 15 tahun pada Khamis.

“Ya ya saya sudah tahu dia (Maryam) kelihatan seperti ibunya. Apa tujuan anda untuk ingatkan saya berjuta kali?” kata Rashidi.

Status yang dimuat naik Rashidi di laman Instastory pada Jumaat.

Sejak bergelar duda, laman Instagram pelakon filem BU ini sering mendapat perhatian netizen yang mahu mengetahui perkembangan terbaharunya.

Baru-baru ini, dia digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita apabila memuat naik foto bersama.

Bagaimanapun, Rashidi menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar spekulasi.

Rashidi bersama bekas isteri, Vanida Imran dan anak-anak mereka.

Pada 20 Mac lalu, Rashidi mengesahkan sudah bercer4i dengan Vanida Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Rashidi dan Vanida dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar