[VIDEO] ‘Deep Sungguh Maksud Bell Ni!’ – Parodi Drama Sahur Sebelum Selepas Kahwin MeleTOP Bikin Terhibur!

Jika isu kontrversi artis menjadi intipati parodi rancangan hiburan MeleTOP, kali ini rancangan berkenaan tampil dengan 1su puasa.

Menariknya pihak MeleTOP mengambil isu bersahur sebelum dan selepas berkahwin sebagai idea untuk parodi minggu ini.

Pastinya lakonan pelawak dan pelakon Bell Ngasri mencuit hati netizen di mana rata-ratanya terhibur menonton lakonan beliau.

Selain unsur lawak, ada juga diselitkan beberapa nasihat ‘makan dalam’ untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

Entri berkenaan yang dimuat naik oleh laman Youtube MeleTOP meraih hampir 122K tontonan sejak di muat naik dua hari yang lalu.

VIDEO :

Pasti ramai yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dan menjalani puasa bersama pasangan tersayang bukan?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Soyalemon.org