[VIDEO] “Gara-gara Buah Nangka, Beg LV Jadi Mngsa” – Gelagat Aliff Syukri Dan Pembantunya Buat Ramai Geli Hati

Siapa tidak kenal dengan Dato Aliff Syukri pengasas produk D’Herbs yang tersohor di Malaysia. Beliau juga dikenali dengan perangai dan gayanya yang kelakar dan lawak tapi bab kerja beliau seorang yang tegas dan cer3wet. Beliau juga mempunyai isteri dan 4 orang anak.

Baru-baru ini beliau memuatnaik video yang menunjukkan buah nangka hasil tanaman kebun beliau sendiri. Siapa sangka dari video tersebut ramai netizen tergelak dengan perwatakan PA beliau.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN:

mne beg lv yg xmo tu bg la sy😅

comel nangka nya tumbuh bgtu

Ahaha ketawa aku tgk video ni..beg aku mahal la..🤣🤣

Rahsia Kejayaan Dato’ Aliff Syukri & Pesan Beliau Untuk Mereka Yang Ingin Berjaya Dalam Perniagaan

Rahsia Kejayaan Dato’ Aliff Syukri bin Kamaruzzaman.

Pertama kali melihat Dato’ Aliff Syukri secara life saya perhatikan waktak dia sama sahaja sama ada di dalam TV atau pun di video-video yang beliau kongsi dengan follower. Orangnya happening, memang menggamatkan suasana. Tidak plastik. Mesra dengan sesiapa sahaja.

Beliau rupanya baru berumur 29 tahun (2016). Berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Hobi memasak dan sangat sukakan kucing. Berasal dari keluarga felda yang miskin. Ayah penoreh getah. Belajar tidak pandai. Pendidikan setakat SPM sahaja. Itupun tak lulus. Orang selalu kata dia ‘budak tak pandai’. Sebab ada penyakit Dyslexia. Tidak akan berjaya dalam hidup.

Kata-kata itu benar-benar membakar semangat beliau untuk berjaya. Beliau yakin walaupun tidak belajar tinggi dia boleh berjaya kalau berusaha dengan gigih. Selepas berhenti sekolah. Dato’ Aliff mula bekerja di bahagian customer servis tetapi perasaan untuk berniaga sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya.

Beliau kemudiannya berhenti kerja dan mula menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dan panjat tangga pejabat. Kemudian, berniaga di pasar pagi dan pasar malam selama 2 tahun setengah. Sambutan yang hebat dari pelanggan membuatkan tercetusnya idea untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri.

Daripada keuntungan jualan di pasar malam, beliau menubuhkan perniagaan D’ Herbs pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun. Mendapat gelaran Dato’ ketika berusia 25 tahun.

Pesan Dato Aliff

#1 – Jangan Malu

Dalam berniaga jangan malu. Orang lelaki tidak berani pakai baju kilat-kilat, saya pakai. Cipta kelainan. Hanya untuk bisnes. Jika diluar bersama keluarga saya lebih suka yang simple.

#2 – Bangga Dengan Produk Kita

Bangga dengan apa yang kita jual. Jika kita malu nak jual, orang pun malu nak beli.

#3 – Cara Pemasaran

Apa-apa benda yang kita jual mampu menjadikan kita jutawan. ‘Produk’ itu alat sahaja. Yang penting bagaimana cara kita memasarkannya.

#4 – Buat Orang Ingat

Buat sesuatu yang ‘catchy’ yang buatkan orang ingat.

 

#5 – Periklanan Diluar Imaginasi

Buat periklanan diluar imaginasi anda. Beliau juga pernah buat jualan RM5 juta dalam masa 3 bulan pada awal perniagaannya.

#6 – Pasang Matlamat

Pasang matlamat. Tulis apa yang hendak dicapai. Beliau pada awalnya, tulis impian di kertas A4 dan tulis tarikh bila nak capai. Antara impiannya ialah kereta idaman : kereta toyota camry dan nak beli satu unit kondominium. Sekarang beliau ada beberapa kereta mewah dan 200 properties seluruh Malaysia.

#7 – Cabaran & Kesusahan

Perniagaan itu bukan setakat mengira untung dan rugi. Ia datang bersama pakej cabaran dan kesusahan. Besar cabaran yang kita hadapi lagi besar kejayaan yang akan anda kecapi.

#8 – Teruskan Perjuangan

Masalah itu seperti kentut. Tidak boleh disimpan. Akan menjadi toksik dalam badan. Kena dilepaskan. Tenang-tenang cari solusi. Apa jua masalah inshaallah akan ada penyelesaiannya. Lupakan penghinaan. Teruskan perjuangan. Masalah dan cabaran itu adalah satu sijil yang akan meningkatkan potensi diri anda.

Beliau masih menulis impian. Antara impian yang beliau kongsi ialah ingin membina rumah banglo idaman, membuat jualan 15 juta sebulan dan membina rumah anak-anak yatim.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : IG dato aliff syukri via VIRAL KAMI