Alhamdulillah, Akhirnya Ditemui Selamat Di Kawasan Semak

BEKAS juara tilawah al-Quran peringkat antarabangsa pada 1980-an, Alias Abd Rahman, 72, yang hilang hampir 18 jam ditemui selamat di kawasan semak di Kampung Tok Kapur, Binjai, Chukai, hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Alias ditemui terbaring di kawasan semak dalam keadaan dahaga dan kelaparan pada 2.30 petang.

Anaknya, Fairuz, 40, berkata, kehilangan ayahnya disedari ketika dia mahu menjemput ayahnya yang mengajar di Masjid Binjai, Chukai pada 9.15 malam tadi.

“Seperti biasa, ayah akan ke masjid dengan kereta dan saya akan mengambilnya kerana mata ayah rabun ak1bat peny4kit kenc1ng manis.

“Bagaimanapun, saya lewat menjemputnya kerana terbabit dalam kem4langan kecil dan sebaik tiba di masjid, saya dapati ayah tiada di situ.

“Saya menyangka ayah sudah pulang ke rumah, namun sebaik tiba di rumah, ibu, Mariam Abdullah, 74, memaklumkan ayah masih belum pulang sebelum saya segera mencarinya,” katanya.

Fairuz berkata, dia bersama ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung tidak tidur mencari bapanya sebelum membuat laporan p0lis selepas usaha mencari menemui jalan buntu.

Malah, kehilangan warga emas itu turut tular di laman sosial sebelum penduduk kampung menemui kereta Perodua Alza dipandu warga emas terbabit di dalam semak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya ke lokasi kejadian tengah hari tadi dan terkejut apabila mendapati bahagian depan kereta ayah ros4k akibat terl4nggar pokok kelapa yang tumbang di kawasan itu.

“Malah, saya pelik bagaimana kereta ayah boleh berada di situ kerana kawasan ini tidak dilalui orang ramai,” katanya.

Fairuz berkata, ayahnya ditemui di kawasan semak kira-kira enam kilometer dari lokasi keretanya oleh seorang penternak lembu yang kebetulan mencari lembu hilang.

“Saya percaya ayah tidak menemui jalan pulang sebelum kereta dipandunya itu terbabas di dalam semak.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang turut serta mencari bapa sehingga dia ditemui,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro

 

Be the first to comment on "Alhamdulillah, Akhirnya Ditemui Selamat Di Kawasan Semak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*