Eyra Hazali tak bimbang, percaya bakal suami bukan ‘kaki perempuan’

Eyra amat mengenali tunangnya, Muhammad Haziq.

PELAKON Eyra Hazali berpendapat tidak semua pemain bola sepak boleh dilabelkan sebagai kaki perempuan.

Eyra, 20, berkata, tunangnya yang juga penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli seorang yang tidak gemar keluar rumah untuk bersuka-ria.

Malah menurut Eyra, dia amat mengenali bakal suaminya dan tidak pernah berasa bimbang dengan tanggapan orang mengenai pemain bola sepak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🚴🏿‍♂️🚴🏿‍♂️

A post shared by MUHAMMAD HAZIQ BIN NADZLI (@haziqnadzli) on

“Bukan semua pemain bola sepak macam tu. Saya sangat mengenali tunang saya dan dia seorang lelaki yang macam mana. Dia bukan kaki lepak.

 

Eyra akan melangsungkan perkahwinan dengan Haziq pada hujung tahun ini.

“Selalunya habis kerja, dia akan terus balik dan menghubungi ibunya atau saya menerusi FaceTime untuk berborak. Itu sahajalah yang dia selalu lakukan.

“Saya tak bimbang pun bila ada segelintir pihak anggap pemain bola sepak kaki perempuan. Lagipun, dia bukan seorang yang suka keluar untuk bersuka ria,” katanya kepada mStar.

Eyra ditemui ketika malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Mr Grey ini berjaya membawa pula trofi Pelakon Baharu MeleTOP 2019 pada malam acara kemuncak tersebut.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur 2 ini memberitahu persiapan majlis perkahwinan dia dengan Haziq yang juga pemain Johor Darul Takzim (JDT) sudah mencecah 60 peratus.

Eyra memenangi anugerah Pelakon Baharu MeleTOP.

Bagaimanapun, Eyra masih belum bersedia berkongsi tarikh perkahwinan mereka namun akan diadakan pada penghujung tahun ini.

“Persiapan majlis itu sudah 60 peratus siap tapi berhenti sekejap sebab sekarang saya sibuk dengan penggambaran hingga Ogos depan.

“Buat masa sekarang ini, saya belum bersedia kongsi tarikh untuk majlis kami tapi Insya-Allah saya akan umumkan nanti,” ujarnya.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali dan Haziq mengikat pertunangan pada 1 Disember tahun lalu dalam satu majlis tertutup.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rupa-rupanya tunang @eyra.hazali , @haziqnadzli seorang yang tegas. Hehe comel je ♥️ #mstaronline #mstarEK #AME2019

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar