“Lepas Ni Tak Takut Nak Mengandung “- Anzalna Nasir Umum Bakal Dapat Anak Lelaki, Nama Anak Ditentukan Oleh Keluarga

Aktres jelita, Anzalna Nasir yang juga merupakan isteri kepada usahawan, Hanif Zaki akhirnya secara rasmi  mengumumkan bahawa jantina bayi kandungannya adalah lelaki.

Menurut Anzalna, dia berasa amat teruja kerana sudah lama keluarganya menantikan kelahiran cahaya maya lelaki.

“Saya amat teruja sebab Hanif pun nak anak lelaki. Lagi pun family Anzalna ramai perempuan perempuan takda lelaki. Memang kaya perempuan belah Anzalna ni.

“Bila saya dapat tahu yang saya bakal melahirkan anak lelaki, saya sendiri terkejut. Syukur alhamdulillah dan ini semua rezeki.

“Jadi, selepas ini saya tak takut dah nak mengandung lagi,” katanya kepada MH.

 

Pengumuman tersebut dibuat di Majlis Anzalna Nasir’s Baby Gender Reveal dan pelancaran rangkaian produk istimewa Ommey by NR bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketika ditanya bilakah jangkaan masa Anzalna bakal melahirkan bayi tersebut, ini jawapan pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.

“Saya dan suami memutuskan untuk bersalin di hospital Gleneagles.

“Ini baby raya. Menurut doktor, sekiranya bayi ini dilahirkan secara pembedahan, ia akan dijalankan pada hari raya pertama dan jika bersalin secara normal, insyaAllah seminggu selepas raya,” jelasnya lagi.

Bercerita mengenai nama anak, Anzalna memutuskan untuk mendapatkan pandangan daripada seluruh ahli keluarganya.

“Nama baby ni bukan kami yang pilih tapi daripada keluarga.

“Kami akan minta pendapat daripada keluarga dan siapa yang berikan nama paling sedap dia akan dapat hadiah,” selorohnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Macam pasangan pengantin baru tak? 😜 Thanks for having us #BvlgariMalaysia 📸 @allisamazing

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

 

Buat pengetahuan, usia kandungan Anzalna kini telahpun menjangkau 34 minggu.

Terdahulu, Anzalna yang juga merupakan bekas finalist Dewi Remaja 2009/10 telah melangsungkan perkahwinannya bersama Hanif Zaki pada tanggal 22 Februari 2016.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MediaHiburan